faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • PROGRAM FACING UP WITH SOCIAL ENTREPRENEURSHIP (FUSE) 2019
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Selangor

LAWATAN TAPAK BAGI PELAKSANAAN PROGRAM

SHAH ALAM, 19 OGOS 2019
– Lawatan tapak telah dibuat oleh Encik Mohd Zaaba bin Ponrahono dan Encik Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar bagi mewakili Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Selangor. Lawatan tersebut adalah bagi melihat sekitar kawasan dimana JBS Selangor merancang untuk melaksanakan program Sukan Untuk Belia Di PPR pada bulan Oktober akan datang.

Pada lawatan tersebut, kerja-kerja naik taraf gelanggang serba guna sedang dijalankan. Pada masa yang sama, pelbagai kemudahan dikenalpasti disekitar kawasan perumahan tersebut bagi pihak JBS Selangor merancang aktiviti yang boleh dan akan dijalankan.

Disediakan oleh: Nur Hidayah Mohd Yusoff, Bahagian Pembangunan Sukan
PERBINCANGAN MINGGUAN 11
SHAH ALAM, 19 OGOS 2019
– Perbincangan dan perjumpaan ringkas Bahagian Pembangunan Sukan bersama Timbalan Pengarah Sukan, Puan Norazreen binti Sulaiman serta para pegawai. Turut serta dalam perjumpaan pada kali ini adalah Pelajar Praktikal seramai 2 orang yang akan membantu dalam pelaksanaan program. Mereka adalah Mohamad Shahfiq bin Abdul Rahim dan Mohamad Akif bin Zakaria daripada Universiti Selangor (UNISEL).

Antara intipati yang dibincangkan ialah berkenaan dengan beberapa perkara yang dinyatakan daripada Mesyuarat Pengurusan JBS Selangor yang lepas. Timbalan Pengarah Sukan sentiasa menitikberatkan Intergriti dan attitude pegawai dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Disediakan oleh : Nur Hidayah Mohd Yusoff, Bahagian Pembangunan Sukan
Selasa, 20 Ogos 2019 07:01

FIT KOMUNITI GOMBAK 18 OGOS 2019

FIT KOMUNITI GOMBAK 18 OGOS 2019

SRI GOMBAK, 18 OGOS 2019 –
Fit Komuniti Gombak kembali dilaksanakan atas inisiatif Kelab Kecergasan Sukan Daerah Gombak, iaitu One Nation Fitness Club (ONFC). Untuk makluman program ini adalah anjuran bersama One Nation FItness Club dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak.

“Saya ingin mejemput semua warga daerah Gombak secara khususnya bersama saya dan pasukan saya dalam menjayakan program Fit Komuniti Gombak ini yang akan berlangsung sehingga 28 Disember 2019 nanti pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Anda nak sihat? dengar nasihat”, Encik Abdul Malik bin Abdul Majid selaku  Pengerusi One Nation Fitness Club.

Segala maklumat lanjut boleh didapatkan melalui media sosial Facebook One Nation Fitness Club dan juga Pages Facebook Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak

Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction