• International Exchange Program
  • make a diffrent
  • Pelan Strategik
  • TN 50

Pentadbir JBS Selangor


KUALA LANGAT, 14 DISEMBER 2017–  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat berbesar hati menerima kunjungan hormat dari pegawai Politeknik Banting. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk menyampaikan hasrat pihak politeknik untuk melaksanakan program-program anjuran bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat bagi tahun 2018 yang akan datang.

En. Mohd Khairun Nizam bin Sa’adan selaku Ketua Unit sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Banting dalam pertemuan dengan Puan Nazeela binti Zulkiflee, Pegawai Belia dan sukan Daerah Kuala Langat menyatakan bahawa politeknik perlu mencapai kpi dalam mengumpulkan sejumlah dana hasil daripada program-program sukan dan kebudayaan. Melalui kerjasama dengan agensi-agensi khususnya PBSD Kuala Langat dapat membantu pihak politeknik bagi mencapai kpi tersebut.

Kunjung hormat ini juga merupakan strategi bagi mengeratkan kerjasama dan hubungan baik antara agensi bagi menghasilkan impak yang positif dalam pembangunan belia dan sukan khususnya daerah Kuala Langat.
 
Disediakan Oleh : Marshamira binti Ahmad  ( PBSD Kuala Langat )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KLANG, 3 DISEMBER 2017 – Pembangunan bola sepak peringkat akar umbi merupakan agenda utama di daerah ini. Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat melibatkan diri dalam sukan ini terutamanya anak muda.

Sehubungan itu, Kelab Bola Sepak Bandar Klang telah menganjurkan klinik bola sepak di sini, hari ini. Program ini melibatkan pelajar sekolah di daerah Klang agar dapat dimanfaatkan sempena cuti sekolah. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang telah diwakili oleh Puan Nor Asiah Ab Aziz untuk terlibat dalam program ini.

Diharapkan semoga penganjuran program yang baik ini akan berterusan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pembangunan bola sepak bermula dari akar umbi ini.

Disediakan oleh : Balqish Zulaikha binti Sepuan Suri. Pelatih Industri UiTM Seremban, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang.

KLANG, 30 NOVEMBER 2017 – Pelabuhan Klang menjadi lokasi terkini persinggahan “The 44th Ship for Southeast Asian and Japanese Youth Program (SSEAYP) 2017”. Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun dalam meraikan perhubungan multilateral dan pertukaran budaya terutamanya melibatkan generasi muda. Lebih dari 330 belia dari Jepun dan 10 negara Asia Tenggara, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam, dan Myanmar telah diberi peluang untuk menyertai program ini disamping berpeluang untuk berlayar di dalam kapal "Nippon Maru".

Majlis yang dianjurkan di Boustead Cruise Centre, Pulau Indah ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ M. Saravanan. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim dan Pengarah JBS Selangor, Tuan Mohd Nor bin MD Said. YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ M. Saravanan ketika berucap dalam ucapan perasmian beliau berkata, program SSEAYP ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan persahabatan dan persefahaman antara belia di Asia Tenggara dan Jepun dan menerapkan semangat kerjasama antarabangsa mereka, disamping dapat menyumbang kepada masyarakat, terutama dalam perkembangan belia negara. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang telah diwakili oleh Pegawai, Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi.

Disediakan oleh : Balqish Zulaikha binti Sepuan Suri. Pelatih Industri UiTM Seremban, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang.
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction