faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • Salam Maulidur Rasul
  • Women in Sport
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Perlis

   

Kangar, 8 November 2019 - Satu perjumpaan bersama Ecxo Belia dan Sukan Negeri Perlis, YB Tuan Hamizan bin Hassan, P.J.B., P.J.K telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Harumanis, Aras 2, Kompleks DUN Perlis melibatkan Pengarah dan Pegawai Skim S, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini.

Perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju belia Perlis pada masa akan datang. Beliau memaklumkan kerajaan negeri ingin menubuhkan Sektretariat Jawatankuasa Bertindak bagi membincangkan hala tuju belia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dilantik sebagai sekretariat tersebut. Katanya, ini merupakan salah satu strategi untuk mendapatkan belia aktif tanpa meminggirkan belia yang tidak aktif. Dalam erti kata lain, kita perlu memperkasakan persatuan belia yang berdaftar namun persatuan tidak berdaftar tidak boleh dilupakan. Beliau juga menyarankan hala tuju belia perlu seiring dengan pencapaian Negeri Perlis sebagai bandaraya pada tahun 2030. 

Selain itu, dalam ucapan beliau menyatakan kita perlu membincangkan perancangan belia mengikut golongan sasar dan mengadakan program besar seperti Karnival Belia Perlis yang melibatkan belia bagi semua aspek samada dari segi jualan usahawan atau aktiviti dan dijadikan sebagai acara tahunan. Pihak jabatan juga perlu berusaha untuk mendedahkan mengenai peranan belia dan peluang-peluang kepada belia di sekolah, IPT dan juga NGO.

Semoga dengan perjumpaan ini dapat memberi satu loncatan kepada mewujudkan belia yang lebih proaktif dan berdaya saing dan segala perancangan yang direncana dapat dilaksanakan dengan bantuan dan penglibatan semua pihak.

DISEDIAKAN OLEH

CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
   

Arau, 8 November 2019 - Pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid bertugas sebagai Ketua Unit Rakan Muda telah menerima anugerah Pingat Jasa Baik (P.J.B) pada Majlis Istiadat Penganugerahan  Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-76 Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bertempat di Istana Arau pada 7 November 2019 yang lalu. 

Pihak jabatan ingin merakamkan ucapan tahniah di atas penganugerahan ini. Semoga Allah s.w.t memberkati setiap jasa dan keringat sepanjang menjadi penjawat awam pada masa sekarang dan seterusnya.

DISEDIAKAN OLEH

CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
      

Kangar, 8 November 2019 - Telah berlangsung dengan jayanya program Rakan Muda Kreatif Siri 2 pada hari Selasa yang lalu bertempat di Muzium Kota Kayang, Perlis. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Jabatan Muzium Negeri Perlis. Para peserta program ini terdiri daripada 49 orang peserta sekolah di negeri Perlis dan pelajar Anugerah Remaja Perdana melibatkan 14 lelaki dan 35 perempuan.

Aktiviti yang dijalankan bagi memenuhi slot program ini adalah aktiviti Crave Exploring, pembuatan tembikar dan survival. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap aktiviti yang dijalankan diberi markah berdasarkan kerjasama, hasil kreativiti dan juga semangat berkumpulan.

Majlis perasmian penutup program dirasmikan olej YB Tuan Noor Azam bin Karap, ADUN Kuala Perlis, Pengarah JBS Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tuanku Syed Putra Perlis dan Pengarah Jabatan Muzium Kota Kayang diringi Encik Kamarunzaman bin Abd. Hamid, Ketua Unit Rakan Muda JBS Perlis.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

DISEDIAKAN OLEH

CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction