faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Sarawak

Jumaat, 21 Jun 2019 16:05

LAWATAN KERJA RASMI DI PBSB SRI AMAN

SRI AMAN, 19 JUN 2019 - Yang Berbahagia Encik Zaini Bin Abd Aziz, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman disini hari ini. Dalam rangka lawatan tersebut, beliau menyampaikan amanat dan  nasihat  kepada pegawai dan bertukar pandangan serta pendapat mengenai perlaksanaan program dan pengurusan di peringkat pejabat. Kehadiran beliau disambut oleh Encik Khalid bin Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman beserta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

KOTA SAMARAHAN, 18 JUN 2019 – Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Fatimah bte Abd Rahman dan Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Encik Louis Andria Anak Barieng mengadakan pertemuan bersama wakil The Summer Shopping Mall Kota Samarahan, Encik Berhard Ho bagi membincangkan venue utama pelaksanaan Samarahan Bridge Half Marathon yang akan dijadualkan pada 22 September 2019 ini.

Pertemuan tersebut juga dibuat bagi mengenalpasti tempat dan fasilliti yang akan disediakan oleh pihak The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan yang akan dijadikan venue utama bagi pelepasan dan ketibaan pelari-pelari bagi kategori Half Marathon 21KM Lelaki dan Wanita Terbuka, 10 KM Lelaki dan Wanita Terbuka serta Larian 5Km bagi Pelajar Sekolah dan 5KM Fun Run.

Antara fasiliti yang akan disediakan termasuklah tapak pelepasan dan ketibaan peserta larian, tempat letak kereta bagi peserta larian, kemudahan tandas kepada peserta larian dan pentas utama bagi acara penyampaian hadiah pemenang dan lain-lain lagi khususnya bagi acara tersebut.

Samarahan Bridge Half Marathon telah membuka tirainya kali pertama pada 23 September 2018 dengan penyertaan lebih 500 orang. Manakala pada tahun ini diharap penyertaan akan meningkat lebih 1000 orang.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah En. Muhammad Naim bin Abdul Nasir, Ketua Unit Sukan, Encik George Federick Anak Noew, Pembantu Belia dan Sukan.

KOTA SAMARAHAN, 21 JUN 2019 – Walaupun seminggu telah berlalu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan tetap meraikan hari jadi salah seorang kakitangannya, Encik George Federick Anak Noew, Pembantu Belia dan Sukan dalam suasana ringkas tapi meriah.

George yang sepatutnya menyambut hari jadinya yang ke 32 tahun pada 16 Jun lepas tetap dirai sebagai tanda penghargaan dan ingatan oleh pejabat ini.

Sambutan Hari Jadi adalah antara aktiviti yang selalu dibuat oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan bagi merai pegawai dan kakitangan yang lahir pada bulan-bulan tertentu.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan mengucapkan selamat hari jadi kepada Encik George Federick Anak Noew dan semoga dalam kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga tersayang.

                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction