faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • Women in Sport
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Sabah

Rabu, 30 Oktober 2019 16:18

BELIA PPR MENCUBA SUKAN E-SPORT

27HBTWU2 1 27HBTWU2 2

TAWAU, 30 Oktober 2019 – Sukan E-Sport antara sukan yang dipertandingkan sempena Sukan Belia PPR Peringkat Negeri Sabah 2019 yang bertempat di PPR Taman Sri Apas, Tawau pada 27 Oktober 2019 yang lalu.

Mohd Sofihizar Usrah@neo, Ketua Penyelaras Pertandingan E-Sport berkata, penyertaan amat menggalakkan daripada belia PPR Taman ini. Ruang penonton juga sentiasa penuh samaada mereka seronok menonton ataupun untuk memberi sokongan kepada pemain.

Antara sukan E-Sport yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah Mobile Legend, PS4 Tekken 7, PS4 FIFA20 dan Beyblade. Pertandingan tersebut adalah anjuran Tawau Gamers Community dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Para pemenang pertandingan setiap aktiviti telah mendapati Hadiah Wang Tunai, Hamper dan Medal yang telah disampaikan oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.

Sekurang-kurangnya 800 orang telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada penduduk PPR Taman Sri Apas, Tawau. Selain pertandingan E-Sport, pelbagai aktiviti sukan yang lain diadakan seperti pertandingan Futsal, bola jaring, Senam Robik dan Sukan Rakyat.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSP Tawau
27HBTWU1 1 27HBTWU1 2

KALABAKAN, 30 Oktober 2019 – Penduduk Kampung Murut Ulu Kalabakan pada 27 Oktober 2019 yang lalu, memulakan aktiviti pagi dengan menyertai ‘Kampung Walk’ sejauh dua kilometer perjalanan di sekitar kampung berkenaan. ‘Kampung Walk’ adalah salah satu aktiviti dalam Program Bulan Sukan Negara Peringkat Kampung Murut Ulu Kalabakan 2019 yang mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur.

Menurut Encik Roddy Welison, penduduk kampung berkenaan, “Kebanyakan penduduk sentiasa bergegas ke tempat kerja atau ke kebun pada sebelah pagi mengikut rutin harian masing-masing. Melalui aktiviti Kampung Walk 2KM, para penduduk berjalan santai menikmati pemandangan di sekitar kampung sambil dapat beramah mesra. Program ini sangat sesuai dan menarik kerana ianya boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur termasuk golongan tua”.

Program Bulan Sukan Negara Peringkat Kampung Murut Ulu Kalabakan 2019 tersebut telah dihadiri oleh kira-kira empat ratus lebih peserta daripada sekitar daerah Kalabakan. Program yang julung kalinya diadakan di daerah itu telah mendapat sambutan meriah daripada penduduk yang datang seawal jam 6.00 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.59 Tanjung Batu, Yang Berhormat Datuk Hajah Hamisa Samat telah merasmikan program tersebut yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Kalabakan, Tawau pada pagi tadi. Beliau turut mengambil kesempatan melawat acara-acara yang dijalankan pada pagi itu.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dengan kerjasama MPKK Kampung Murut Ulu Kalabakan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat di daerah ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat sekali gus mengekalkan perpaduan dan keharmonian kehidupan bermasyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada program itu termasuklah Senamrobik, Kampung Run 5km, Kampung Walk 2km, pemeriksaan kesihatan percuma serta gerai jualan.

Turut bersama dalam program berkenaan ialah Puan Grace Samaggang, Pengerusi MPKK Kg Murut Ulu Kalabakan, Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSP Tawau
26HBTWU (1) 26HBTWU (3)


TAWAU, 30 Oktober 2019 – YB Datuk Hj Nizam Bin DSP Abu Bakar Titingan, ADUN N.56 Apas berharap Program Sukan Belia PPR bukan sahaja menggalakan gaya hidup sihat tetapi mengambil berat penglibatan bersama masyarakat dalam pelbagai aktiviti sukan, riadah dan kecergasan agar merapatkan hubungan antara satu sama yang lain tanpa batasan umur, kaum dan agama.

Datuk Nizam berkata program yang diadakan pada 26 Oktober 2019 bertempat di PPR Taman Sri Apas ini juga bertujuan merealisasikan konsep malaysia cergas, sihat dan bersatu. Selari dengan matlamat negara ke arah wawasan kemakmuran bersama negara menjelang tahun 2030.

“Penyertaan orang ramai dalam program ini dapat mengurangkan pertelingkahan atau pergeseran antara komuniti setempat disamping meningkatkan kesihatan komuniti seterusnya mewujudkan perpaduan kaum yang harmoni dalam negara”.

“Sukan Belia Projek Perumahan Rakyat (PPR) membudayakan sukan, meningkatkan pengetahuan sukan serta meluaskan akses kemudahan bersukan kepada belia-belia kawasan pedalaman dan luar bandar. Mereka juga dapat menyerlahkan potensi, kepimpinan dan bakat sukan serta pengiktirafan melalui sukan yang mereka sertai dalam pertandingan”, Katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Perasmian Program Sukan Belia PPR Peringkat Negeri Sabah 2019 di sini, hari ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga PPR Taman Sri Apas.

Seramai 784 peserta terdiri daripada penduduk PPR Taman Sri Apas, Tawau telah menyertai program yang diadakan selama satu hari ini dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan Futsal, bola jaring, Senam Robik, Beyblade, E-Sports, Sukan Rakyat dan sebagainya.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSP Tawau
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction