faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • Women in Sport
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Sabah

5HBTRN1 1 5HBTRN1 2

KIULU, 3 November 2019 - Program Komuniti Sepakat @ Komuniti Daerah Tuaran telah dilaksanakan di Dewan Masyarakat Kg. Pukak, Kiulu hari ini.

Dalam Program Komuniti Sepakat@Komuniti Daerah Tuaran tersebut, 9 kampung bakal menubuhkan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) dalam masa terdekat.

YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah dalam ucapan pelancaran menjelaskan bahawa program tersebut dilaksana sejajar dengan hasrat kerajaan hari ini agar rakyat Malaysia terus mengamalkan nilai-nilai murni Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

"Niat dan hasrat kepimpinan negara hari ini hendaklah sampai dan dapat direalisasikan hingga ke peringkat akar umbi dan diharapkan agar KHM ini nanti dapat memainkan peranan menyumbang ke arah pencapaian matlamat ini."Tambah beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengarah Penerangan Sabah Puan Norzawiyah Bulka, Tuan Hadzlan Hj.Jablee, ADO Tuaran mewakili DO Tuaran, Puan Jo-Ann Sue Hanley Rampas, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri/Menteri Kewangan, ASP Mahmood Mohd Mustahed mewakili OCPD Tuaran, PPM N. 11 Kiulu Suali Sikir, PPM Sulaman Rahman Jali, Ketua Daerah Tamparuli Johnny Tanggar, Ketua Daerah Kiulu, OKK Doukim Gilu, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan daerah Tuaran, Kakitangan Mahkamah Anak Negeri, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-pengerusi MPKK dan penduduk Kg. Pukak dan Kampung-kampung sekitar. Encik Hamzah Md.Tahir hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
1HBPB 2

KOTA KINABALU, 1 November 2019 - KELAB Taekwondo Master Barry Voon (MBVTC) daerah Tuaran mempamerkan aksi berbisa dan memukau pada Pugnator Badung Sport Week Taekwondo International Championship 2019 yang telah diadakan di Gor Purna, Krida, Bali Indonesia baru-baru ini.

Mereka kembali dengan sejumlah 12 emas, 6 perak dan 1 gangsa. Prestasi keseluruhan mereka amat mengagumkan penganjur sehingga dinamakan sebagai pasukan paling padu dalam kalangan pasukan dari Australia, Thailand, India, Uzbekistan, Chinese Taipei, Hongkong, Singapore, Malaysia dan Indonesia yang menghimpunkan hampir 1600 atlet.

Pasukan MVBTC ini diketuai oleh Ketua Jurulatih, Joseph Kung dan dibantu oleh Josephine Kung dan Mohd. Khairul Azme serta ditaja oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perindsutrian Sabah, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Jo Anne Sue Henley Rampas.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
TAWAU, 1 November 2019 – Seramai 42 belia berumur lingkungan 15 hingga 25 tahun telah mendaftar diri sebagai peserta Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) di Taman Bukit Tawau petang hari ini. Belia-belia tersebut terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan ahli persatuan belia sekitar daerah Tawau.

Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau yang bertujuan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan anak muda, meningkatkan kesedaran serta memberi pengetahuan mengenai bahaya masalah sosial dalam kalangan belia serta menggalakkan belia untuk bertindak memerangi ancaman gejala sosial di tempat masing-masing.

Bagi mencapai objektif tersebut, Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) akan berlangsung selama tiga hari dua malam dengan konsep ‘summer camp’. Para peserta diwajibkan mengikuti pelbagai latihan dalam kumpulan, peningkatan kendiri, keyakinan diri serta aktiviti fizikal.

Encik Ali Bin Sari, Pegawai Penyelaras Program AMWAL berharap program ini sedikit sebanyak membantu mempersiapkan belia negara dengan kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction