Pentadbir JBS Sabah
Khamis, 07 November 2019 08:51
KURSUS INSTRUKTUR KECERGASAN SENAMROBIK TAHAP 1 BERMULA PADA HARI INI

RANAU, 7 NOVEMBER 2019 – Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah telah mengadakan Kursus Instruktur Kecergasan Senamrobik Tahap 1 bermula pada hari ini sehingga 10 November 2019. Bertempat di Kompleks Sukan Ranau.
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Salomah binti Sidek selaku Master Trainer bersama Encik Edeazry bin Hamzah dan Encik Mas Salleh bin Md. Amil sebagai trainer.
Oleh :
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
Tagged under
Selasa, 05 November 2019 16:55
LAWATAN AKHIR KE VENUE PROGRAM KURSUS ANAK MUDA WAWASAN LESTARI (AMWAL) PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT

PENAMPANG, 5 November 2019 - Satu sesi perbincangan dan lawatan akhir oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dengan Pengurusan Liposu Stay, Noturuss Penampang bagi melaksanakan Program AMWAL Peringkat Bahagian pantai Barat telah diadakan hari ini di Liposu Stay, Penampang.
Taklimat keseluruhan venue telah disampaikan oleh Pengurus/ Pemilik Liposu Stay, Encik Fedelinus Johnny kepada Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas.
Program yang bakal dilaksanakan pada 8 hingga 10 November 2019 tersebut bakal disertai oleh 40 orang belia-belia dari sekitar Bahagian Pantai Barat.
Turut hadir, Pegawai Unit Pembangunan Belia Bahagian Pantai Barat, Encik Jius Gokin.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
Tagged under
Ahad, 03 November 2019 16:52
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM ANAK MUDA WAWASAN LESTARI

TAWAU, 3 November 2019 – Majlis Penutup Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah diadakan di Dewan Audio Taman Bukit Tawau.
Majlis tersebut bermula pada jam 12 tengah hari hari ini dan dihadiri oleh seramai 50 orang yang terdiri daripada peserta, urusetia, guru-guru pengiring, jemputan serta agensi terlibat dalam program AMWAL.
Majlis ini juga turut mengadakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan ‘Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan’, penyampaian sijil kepada peserta serta sijil penghargaan kepada agensi yang terlibat membantu dalam pelaksanaan program berkenaan.
Selain itu, Ucapan daripada wakil peserta turut diadakan semasa majlis penutup. Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau turut hadir semasa Majlis Penutupan tersebut.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau

Langganan Berita Terkini JBSN
TRENDING@JBSN
-
01
AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEBAGAI MEDIUM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN SESAMA RAKYAT
-
02
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI PINANG TUNGGAL KIBAR JALUR GEMILANG