faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • Women in Sport
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Sabah

13HBTWUSURIA 1 13HBTWUSURIA 2

TAWAU, 13 November 2019 - Kelab Sukan Dan Riadah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah (SURIA) telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah JBSN Sabah dan Puan Puan Munirawaty Binti Undang Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan bertempat di Restoran Sri Titingan Tawau.

Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Soufi bin Haji Ibrahim diikuti ucapan pegawai yang diraikan, Encik Noorman Bin Ramlan yang akan bertukar ke JBS Melaka atas kenaikan pangkat beliau sebagai Pengarah JBS Melaka yang baru. Seterusnya ucapan Puan Puan Munirawaty Binti Undang yang akan bertukar ke Politeknik Sandakan.

Cenderhati kenangan kepada Pegawai-pegawai tersebut telah disampaikanoleh semua pejabat bahagian serta unit-unit daripada ibu pejabat. Majlis diakhiri dengan jamuan kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir. Akhir kata, warga JBS Sabah mengucapkan selamat maju jaya kepada ke dua-dua pegawai tersebut dan ribuan terima kasih diucapkan di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di JBS Sabah.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
13HBTWU 3 13HBTWU 4

TAWAU, 13 November 2019 – Seramai 60 orang Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian telah menghadiri Bengkel Pengurusan Acara dan Pemantapan Integriti bertempat di Bilik Mesyuarat UTC Tawau hari ini.

Bengkel tersebut bertujuan bagi memantapkan lagi sistem pengurusan acara atau program oleh para kakitangan JBSS serta menambah ilmu berkenaan integriti pejawat awam.

Bengkel tersebut berlangsung selama dua hari bermula semalam. Antara pengisian dalam bengkel tersebut ialah ceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang disampaikan oleh Puasn Norhafiza serta Ceramah daripada Akauntan Negara Malaysia yang disampaikan oleh Puan Salmiah.

Penyampaian cenderahati kepada para penceramah telah disampaikan oleh Encik Mohamad Mazlan Bin Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
Selasa, 12 November 2019 14:24

PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL JBSN SABAH

12HBTWU 1 12HBTWU 2

TAWAU, 12 November 2019 – Perlawanan Persahabatan Futsal Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya semalam bertempat di Tawau Futsal Centre, Tawau.

Perlawanan yang di anjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau telah diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara kakitangan ibu pejabat dan bahagian. Perlawanan yang dihadiri oleh 60 orang Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan daripada seluruh negeri Sabah telah berlangsung dengan meriah dan berjaya.

Turut Hadir memeriahkan program tersebut ialah Encik Mohamad Mazlan Bin Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Semoga melalui perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kakitangan sama ada jasmani dan rohani.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction