faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • Women in Sport
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Sabah

10HBPB 2 10HBPB 1

PENAMPANG, 10 November 2019 - Golongan belia berperanan penting dalam memajukan negara dan merupakan bakal pemimpin negara pada masa depan. Demikian antara intipati ucapan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis ketika menutup rasmi Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Peringkat Bahagian Pantai Barat di Liposu Stay Noturuss, Penampang hari ini.

Mazlan juga berkata, belia cemerlang adalah aset negara paling berharga dalam meneruskan kepimpinan bagi mencapai kegemilangan sekaligus menyediakan golongan pelapis yang berdaya saing.

“Penting untuk menjaga kepentingan belia dan memahami kehendak semasa mereka, agar kita dapat membimbing mereka menjadi pemimpin yang baik pada masa depan dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat". Tambah beliau.

Terdahulu seramai 40 belia seluruh daerah di bahagian Pantai Barat telah menyertai program berkenaan yang bermula dari 8 November 2019 dengan pengisian pelbagai modul disediakan.

Turut hadir dimajlis perasmian penutupan, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas, Pengurus Liposu Stay, Pegawai AADK Kota Kinabalu, Pegawai-pegawai JBS (P) Sabah dan pemimpin-pemimpin belia Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
S10HB 1 S10HB 3

RANAU, 10 NOVEMBER 2019 - Majlis Penutupan Kursus Instruktur Senamrobik Tahap 1 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Seminar Asrama Linawan, Kompleks Sukan Ranau.

Antara objektif kursus ini ialah memberi pendedahan awal mengenai kecergasan dan asas senamrobik kepada bakal jurulatih. Disamping itu juga, dapat menyediakan golongan instruktur kecergasan senamrobik yang terlatih dan berkualiti serta layak untuk mengikuti kursus lanjutan sebagai syarat utama menjadi instruktur senamrobik yang bertauliah dan diiktiraf di Peringkat Nasional dan Antarabangsa. Seramai 39 orang peserta telah menyertai kursus yang diadakan selama 4 hari 3 malam tersebut.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir, Master Trainer, Puan Salomah binti Sidek, Asst. Master Trainer Encik Edeazry bin Hamzah dan Encik Mas Salleh bin Md. Amil.

Oleh :
Norhayati Tasif
JBSN Sabah
8HBPB 1 8HBPB 2

PENAMPANG, 8 November 2019 - Seramai 40 orang belia melapor diri bagi menyertai Kursus Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Bahagian Pantai Barat di Liposu Stay Noturuss, Penampang hari ini.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dengan kerjasama Jabatan Penjara Sabah, Polis Diraja Malaysia daerah Penampang, AADK Kota Kinabalu, IKBN Kinarut dan Pejabat KBSS Bahagian Pantai Barat Selatan dilaksanakan bermula 8 November hingga 10 November 2019. Taklimat kursus telah disampaikan oleh Pegawai Unit Pembangunan Belia Bahagian Pantai Barat, Encik Jius Gokin.

Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas berharap agar para peserta menjadikan program tersebut sebagai satu platform melahirkan pemimpin belia yang unggul disamping mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup serta tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara ini.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction