faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • PROGRAM FACING UP WITH SOCIAL ENTREPRENEURSHIP (FUSE) 2019
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Kelantan

SUKAN82 1 SUKAN82 2

KELANTAN, 8 OGOS 2019 – Lawatan Tapak bagi penganjuran program Larian Patriotik Eco Race Kelantan telah diadakan pada 6 Ogos 2019 lalu bertempat di Tapak Ekspo Pantai Irama, Bachok. Ia bertujuan mengenalpasti pelan tapak yang bersesuaian bagi persiapan tempat dan kedudukan khemah utam dan khemah yang diperlukan.

Selain itu juga turut dilakukan pemeriksaan keadaan sekitar laluan larian yang bakal diadakan mengikut kategori 20KM, 15KM, 5km dan 1.5KM.

Hadir pada lawatan tapak tersebut adalah semua pegawai di Bahagian Pembangunan Sukan JBS Kelantan diketuai oleh Penolong Pengarah JBS Kelantan, Puan Wan Siti Maisharah binti Wan Yusoff dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, Encik Mohd Hfizi bin Hanapi.

Disediakan oleh: Zaharuddin bin Zainal, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBS Kelantan

MACHANG83 1 MACHANG83 2

MACHANG, 8 OGOS 2019 – Susulan daripada aktiviti merintis Bukit Kepang satu mesyuarat diadakan oleh Majlis Daerah Machang (MDM) bagi tujuan penyelarasan laluan bagi pengwujudan pusat rekreasi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha MDM yang turut dihadiri daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dan Pejabat Perhutanan Daerah Machang.

Aktiviti rintisan akan diteruskan bagi mencari laluan yang sesuai. Rintisan berikutnya akan dilibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan komuniti setempat bagi mempercepatkan pengesahan laluan.

Dengan adanya usahan ini akan terbinanya satu lagi pusat rekreasi di Machang serta ada cadangan daripada Ketua Jajahan Machang untuk melaksanakan acara pendakian ataupun larian apabila laluan telah dikenal pasti.

Disediakan oleh : Muhammad Fadzly Bin Ramli, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Khamis, 08 Ogos 2019 08:57

PERTANDINGAN KARIPAP ENAK

MACHANG81 2 MACHANG81 1

MACHANG, 8 OGOS 2019 – PUSPANITA Jajahan Machang telah menganjurkan Bazaria dan Pertandingan Karipap Enak bertempat di Perkarangan Kediaman Ketua Jajahan Machang. Program mendapat sambutan daripada kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta penduduk setempat.

Pelbagai aneka makanan dan barangan yang dijual di tapak Bazaria. Bagi Pertandingan Akhir Karipap Enak; setiap peserta dikehendaki menyediakan 20 biji karipap untuk diadili oleh juri dan tetamu kenamaan. Antara kategori yang dipertandingankan adalah karipap daging dan karipap sardin.

Bazaria ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Darul Naim Tunku Dato' Hajah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Disediakan oleh : Muhammad Fadzly Bin Ramli, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction