faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • FIT MALAYSIA PINANG
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Kelantan

SUKAN73 1 SUKAN73 2 SUKAN73 3 SUKAN73 4

KELANTAN, 21 JULAI 2019 – Pantai Geting, Tumpat menjadi pilihan penganjuran Program Sukan Wanita dan Veteran Peringkat Negeri Kelantan Siri 3/2019 pada 19 Julai 2019 yang lalu. Dianggarkan hampir 500 orang pengujung hadir untuk turut sama memeriahkan program tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya Sukan Tradisional, Pertandingan Penalti Shoot Bola Jaring, Demonstrasi Silat serta Pertandingan Beyblade. Program yang bertujuan menggalakkan penglibatan kaum wanita dan veteran didalam aktiviti sukan mendapat sambutan dan penyertaan menggalakkan dan rata-rata daripada mereka mengharapkan penganjuran aktiviti ini dapat diteruskan.

Hadir sama memeriahkan program ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz HJ Wan Roslan bin Wan Hamat, Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Encik Hafizul Nizam bin Abdullah serta Wan Siti Maisharah bin Wan Yusoff, Penolong Pengarah JBS Kelantan.

Disediakan oleh: Zaharuddin bin Zainal, Urusetia Portal Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Kelantan

PM74 1 PM74 2 PM74 3 PM74 4

PASIR MAS,  17 JULAI 2019- Kemeriahan Kejohanan Mini Sukan Elektronik (e-sport) Mobile Legend sempena Karnival Fit Masjid 2.0 Peringkat Negeri Kelantan telah menarik penyertaan lebih 150 orang belia di Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas awal Julai lalu.  Program ini merupakan anjuran bersama Kelantan E-Sport Association (ESPOC) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Pasukan Easy Squad dan Vampire telah berentap di Peringkat akhir kejohanan ini.

Objektif Program Fit Masjid adalah untuk Mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid serta Mengimarah dan meningkatkan kapasiti masjid sebagai institusi pembangunan ummah dengan menarik penglibatan belia melalui aktiviti-aktiviti keagamaan, kerohanian serta aktiviti rekreasi.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan sepanjang 3 hari Karnival Fit Masjid adalah Pertandingan Azan,  Pertandingan Mewarna,  Kursus Pengurusan Jenazah,  Bengkel Handbouquet,  Bengkel Seniclay,  Shoot Bola jarring,  gotong royong membersih kawasan Kubur,  Fun Walk serta Cabutan Bertuah.

Hadiah kepada pemenang Mobile Legend disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En Mohmad Embong kepada semua pemenang.

Disediakan oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas

Rabu, 17 Julai 2019 08:54

SALAM PERPISAHAN EN MOHMAD BIN EMBONG

PP75

PASIR PUTEH, 17 JULAI 2019 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh mengucapkan “Selamat Maju Jaya Di Tempat Baru” kepada Encik Mohmad bin Embong Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada 15 Julai 2019.   

Beliau merupakan seorang majikan yang mesra, bertolak ansur dan tolensi dengan kakitangan di bawah seliaannya.  

Encik Muhammad Shafiq bin Ahmad Said Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menyampaikan cenderahati kenangan kepada Encik Mohmad bin Embong sempena Majlis Perpisahan beliau pada 14 Julai 2019 yang lalu di Bilik Mesyuart UTC Kelantan.

Disediakan oleh: Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh

                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction