faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • Salam Maulidur Rasul
  • Women in Sport
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Pahang

pic 25

KUANTAN, 15 NOVEMBER 2019 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menerima kehadiran Tuan Pengarah pada 11 November 2019 (Isnin) yang lepas. Sehubungan itu, Tuan Pengarah telah mengambil kesempatan bagi membuat satu perjumpaan bersama semua Pegawai dan kakitangan JBS Negeri Pahang untuk sesi suai kenal. Perjumpaan yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah ini telah dimulakan dengan agenda memperkenalkan diri oleh semua pegawai dan kakitangan daripada Ibu Pejabat dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang. Seterusnya, Tuan Pengarah juga menyatakan beberapa hasrat dan perancangan bagi menambahbaik organisasi serta pengurusan di JBS Negeri Pahang. Semoga amanat yang disampaikan ini dapat memberi garis panduan dalam menjalankan tugas demi kepentingan Jabatan dari semasa ke semasa.


Pentadbir Portal
JBS Negeri Pahang
Jumaat, 15 November 2019 17:24

SEMBANG SANTAI BELIA PAHANG

pic 23

KUANTAN, 15 NOVEMBER 2019 - Presiden Majlis Belia Negeri (MBN), Ahli Parlimen Belia Negeri (APBM) dan Fellow Perdana telah mengadakan sembang santai di antara Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Mua'zamir bin Hj Jili. Semasa pertemuan tersebut beberapa perkara telah dibincangkan bagi merancang dan menambahbaik berkaitan program serta aktiviti pembangunan belia di Negeri Pahang khususnya. Turut hadir semasa sembang santai ini adalah Tuan Haji Sidi bin Lateh (Timbalan Pengarah JBS Negeri Pahang).


Pentadbir Portal
JBS Negeri Pahang
Khamis, 14 November 2019 15:10

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

pic 22
KUANTAN, 14 NOVEMBER - Perlawanan persahabatan bola tampar telah diadakan di antara pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan pasukan bola tampar Anggota Pasukan Gerak Am pada 13 November 2019 bertempat di Dewan Gimnasium, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang. Seramai 8 orang pegawai dan kakitangan JBS Negeri Pahang telah mewakili Jabatan dan 12 orang dari pasukan lawan telah menyertai perlawanan tersebut yang bermula pada jam 5.00 petang sehingga 7.00 malam. Objektif perlawanan ini adalah untuk mencungkil bakat kakitangan JBS Negeri Pahang dalam sukan bola tampar di samping untuk mengamalkan gaya hidup sihat selepas waktu bekerja dan mengeratkan hubungan di antara agensi-agensi khususnya di Negeri Pahang. Semoga perlawanan seperti ini akan diteruskan termasuk sukan yang lain supaya dapat mencungkil bakat yang ada bagi kakitangan JBS Negeri Pahang, meningkatkan kesihatan dan juga mengukuhkan jalinan antara agensi-agensi di Negeri Pahang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.


Pentadbir Portal
JBS Negeri Pahang
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction