faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • selamat tahun baru
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik
PERMATANG PAUH, 9 MAC 2018 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah telah menganjurkan program FitMalaysia @ Komuniti Silambam bertem[at di Politeknik Seberang Perai dekat sini. Seramai 42 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini.

FitMalaysia @ Komuniti ini memberi peluang kepada komuniti setempat dalam melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. Disamping itu dapat meningkatkan kesedaran masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Disediakan oleh : PBSD Seberang Perai Tengah
Published in Pulau Pinang

SUNGAI DUA, 4 MAC 2018 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Seberang Perai Utara dengan kerjasama Pejabat Penerangan Seberang Perai Utara telah berjaya menganjurkan program Fit Malaysia @ Komuniti bertempat di Taman Desa Murni dekat sini. Lebih kurang 100 peserta telah mengambil bahagian dalam acara senamrobik ini yang dihadiri oleh penduduk setempat dengan pelbagai latarbelakang.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang di peringkat akar umbi bagi merasai kehangatan program Fit Malaysia disamping menjadikan masyarakat berbudaya sukan. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Muhamad Yusoff Mohd Noor, ADUN Sungai Dua.

Disediakan oleh : PBSD Seberang Perai Utara
Published in Pulau Pinang
                                                               

SANDAKAN, 12 FEB 2017 – Seawal jam 6 pagi bertempat di Padang Bandaran Sandakan, seramai 17 ribu peserta program Fun Run Dan Fun Ride Fit Malaysia telah bersedia untuk memulakan acara yang julung kali diadakan di Sandakan memandangkan program ini adalah merupakan kesinambungan selepas kali terakhir ianya diadakan di Sabah adalah di Kota Kinabalu pada tahun 2014.

Acara pelepasan fun ride 30 km dan 10 km serta fun run 10km bermula pada jam 7 pagi telah disempurnakan oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin dengan diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan dif-dif kehormat yang lain. YB Menteri turut sama menyertai acara larian fun run 5km untuk memberi semangat kepada semua peserta yang hadir memeriahkan program Fit Malaysia pada kali ini.

YB Brig Jen Khairy Jamaluddin melahirkan rasa gembira dengan kehadiran pengunjung serta peserta yang melebihi sasaran dan seterusnya melakukan simbolik perasmian Fit Malaysia @ Sandakan dengan workout bersama KJ dan disertai oleh semua peserta dan pengunjung yang hadir pada hari tersebut. Selesai sesi perasmian, YB Menteri turut meluangkan masa melawat sekitar khemah pameran yang diadakan disekitar kawasan tapak perasmian.

Program Fit Malaysia diteruskan dengan pelbagai aktiviti lain iaitu, fitness dance, senamrobik, stick 2 stick, pameran daripada Institut Sukan Negara, 66 unicorn Muay Thai, Z Fitness Gym dan banyak lagi.

Oleh:
Andy Suhardy Sarbini
PBSB Sandakan


                                                                

Published in Sabah

KOTA BHARU, 18 OKTOBER 2016 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menginap di asrama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES) pada 23 September 2016 hingga 25 September 2016 bagi menjayakan Fit Malaysia yang berlangsung pada 24 September 2016.

Seramai 40 orang ahli PUSPANITA cawangan KBS telah memilih asrama KOMBES untuk menginap selama tiga hari dua malam bagi menyertai Program Fit Malaysia di Kelantan yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Machang. Asrama KOMBES merupakan asrama yang agak selesa yang mempunyai penghawa dingin di setiap bilik yang ada di asrama ini bagi keselesaan pengunjung. Tidak hairanlah jika PUSPANITA datang untuk bertandang di Asrama Kombes dengan keadaan bilik yang sangat selesa.

Bukan mudah di Kelantan bagi mendapatkan asrama yang setiap biliknya mempunyai penghawa dingin. Oleh Sebab Itu, PUSPANITA telah memilih Asrama KOMBES sebagai tempat untuk mereka mengingap selam tiga hari dua malam. PUSPANITA telah menggunakan tiga bilik Asrama KOMBES iaitu dua bilik dorm perempuan, satu bilik urusetia perempuan dan satu bilik VIP perempuan. Penginap bilik VIP perempuan adalah salah seorang ahli VIP PUSPANITA iaitu Datuk Zaiton Othman merupakan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan penginap bilik yang lainnya adalah ahli biasa PUSPANITA.

Tujuan utama PUSPANITA datang ke Kelantan adalah untuk turut serta dalam menjayakan Program Fit Malaysia. Disamping itu, terdapat juga program sampingan yang telah dijalankan sepanjang mereka berada di Kelantan antaranya adalah Program Khidmat Masyarakat di Rumah Seri Kenangan, lawatan ke Wakaf Che Yeh dan Lawatan ke Rantau Panjang.

Disediakan Oleh:
PENGURUS KOMBES
Published in Kelantan
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction