faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik
Visi Masyarakat belia yang berkualiti tinggi dan kompeten dengan nilai-nilai positif secara holistik bagi memperkukuh integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia.Misi Membina generasi belia yang mempunyai jati diri yang tinggi melalui pelbagai bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan patriotisme dalam memacu Agenda Transformasi Negara.Objektif Membangun dan meningkatkan modal insan generasi belia melalui penerapan nilai-nilai kepimpinan jatidiri, pengukukuhan jaringan sosial, daya saing keusahawanan dan peningkatan hidup yang berkualiti. 1. Mentransformasi pembangunan belia dan mendidik belia melalui platform perbincangan dan program berstruktur dalam dan luar negara melalui perwujudan jaringan dan integrasi pelbagai agensi (NBOS) serta pengupayaan pertubuhan belia. 2. Menggalakkan dan menarik minat untuk menjadikan usahawan pilihan sebagai kerjaya utama dan mewujudkan usahawan belia kreatif dan inovatif mengikut industri fokus (quick win) serta memantapkan daya saing diperingkat nasional dan global. 3. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah melalui kerjasama inter-agensi bagi mempertingkatkan kemahiran kepimpinan belia sekaligus membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan. Fungsi
  • Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain
  • Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan
  • Memantapkan program latihan keusahawanan dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing di pasaran domestik dan global.
  • Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia
  • Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia
Piagam PelangganBahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan berusaha ke arah melahirkan masyarakat belia yang mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti, menampilkan semangat patriotisme yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi serta menyumbang kepada pembangunan. Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk:
  • Memberi perkhidmatan secara berintegriti kepada semua pelanggan.
  • Memberi peluang kepada sekurang-kurangnya 30,000 orang belia bagi mengikuti pelbagai program pembangunan belia (dalam negara / luar negara) dalam tempoh setahun.
  • Memberi latihan dan khidmat nasihat serta mengupayakan pertubuhan belia di semua peringkat.
  • Memberi peluang sama rata kepada belia Malaysia mengikuti program pembangunan belia.
  • Menguatkuasa dan memantau bayaran balik pinjaman tabung ekonomi belia secara telus dan saksama.
  • Menjawab aduan dan pertanyaan berhubung pembangunan belia dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sumber dari : Bahagian Pembangunan Belia
  • CAWANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI

    Program,kursus dan seminar dalam bidang usahawan niaga Portal Youth Entrepreneurial Network (YEN) Koperasi Belia Program kerjasama dengan APBM Batu Gajah Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) – 1MYC dan Idle Land  Program, kursus dan seminar dalam bidang pertanian dan industri asas tani Khidmat nasihat dan kaunseling kepada usahawan belia tani Pameran dan ekspo keusahawanan Program kerjasama dan perkongsian bestari dengan kementerian,agensi dan pihak swasta Konvensyen YEN Bayaran balik pinjaman TKWPEB Khidmat rundingan dan kaunseling kepada peminjam TKWPEB 
  •  
  • CAWANGAN KEPIMPINAN SAHSIAH

    Program Felo Perdana Alumni Perdana Leader Fellowship (PLF) Program TOT Kejurulatihan Belia (Pekerja Belia) Program Kepimpinan Organisasi Projek Pemimpin Muda Program Jati Diri dan Pembangunan Organisasi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Program Fit Masjid Peringkat Negeri dan Kebangsaan Program Qiyadi Program Internship Pengajian Islam Peringkat Kebangsaan
  •  
  • CAWANGAN PEMBANGUNAN SOSIAL

    Dasar Belia Malaysia (DBM) Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Program KLD Tunas Samudera Program Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) Program Pembangunan Belia Peringkat Akar Umbi PBM Program-program kepimpinan Permohonan bantuan pentadbiran atau aktiviti
  •  
  • UNIT HAL EHWAL ANTARABANGSA

    Program The Ship for Southeast Asian & Japanese Youth Program (SSEAYP) Malaysia-Korea Youth Exchange Program Malaysia-India Youth Exchange Program


CAWANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Youth Entrepreneurial Network (YEN)

CAWANGAN KEPIMPINAN SAHSIAH
Program Felo Perdana dan Felo Korporat

CAWANGAN PEMBANGUNAN SOSIAL
Pendaftaran Parlimen Belia Malaysia

UNIT HAL EHWAL ANTARABANGSA
Program Pertukaran Belia Antarabangsa

Klik pada gambar untuk paparan maksimum.
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction