• International Exchange Program
  • make a diffrent
  • Pelan Strategik
  • TN 50
Detik 5 Ogos 2017 merupakan kemuncaknya Larian Obor Kuala Lumpur 2017 Negeri Selangor. Acara larian di Selangor merupakan kesinambungan daripada Larian Obor KL2017 di Pahang yang berakhir di Bentong pada 30 Julai 2017. Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (turut dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017) melakar satu lagi sejarah baru apabila buat julung kalinya dibawa ke udara melalui aktiviti paragliding sebagai gimik bagi negeri Selangor yang berlangsung di Bukit Jugra pada 31 Julai 2017. Bermula pada 31 Julai sehingga 5 Ogos 2017 telah berlangsungnya larian obor di negeri Selangor dengan melalui daerah utama di negeri tersebut iaitu Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Petaling. Walaupun melalui 7 buah daerah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah melaksanakan larian obor di 12 laluan termasuk laluan khas untuk Kerajaan Negeri Selangor dan juga penaja-penaja Kuala Lumpur 2017 iaitu juga terdapat laluan di lokasi penaja dan larian khas penaja seperti Milo, Prudential, Air Asia, MAHB, TM, TNB, McDonald, Petronas dan F&N Beverages Sdn. Bhd.
Menariknya, selain pelari obor di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU), pemimpin tempatan, pemohon online, penaja, atlet/ para atlet, terdapat juga olimpian, artis tempatan, selebriti, DJ radio, personaliti televisyen, media yang telah menyertai larian obor ini.  Kemuncak Larian Obor KL2017 di negeri Selangor telah diadakan di Shah Alam iaitu bermula di Pintu Utama UiTM Shah Alam ke Pentas Utama FitMalaysia, UiTM Shah Alam melibatkan jarak 2.5 kilometer. Pada jarak 1 kilometer terakhir, larian obor disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, Raja Muda Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Dato’ Setia Aubry Mennesson yang membawa obor di laluan obor Universiti Selangor (Unisel) ke UiTM Shah Alam. Larian obor di laluan tersebut dimulakan dengan Dato’ Setia Aubry Mennesson, diikuti dengan YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah dan giliran terakhir DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor hingga ke Pentas Utama Fitmalaysia dan obor tersebut diserahkan kepada YB Brig Jen Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

 

Disediakan oleh:
Musyrifah binti Elias
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction