faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik
Kuala Terengganu, 13 Februari 2020 - Pelan Pemerkasaan Wanita Dalam Sukan merupakan inisiatif baharu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terutamanya di dalam usaha memperkasakan penglibatan wanita dalam sukan merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan massa.

Bagi mendapatkan pandangan serta input secara terus daripada pemegang taruh, sesi jelajah libat urus Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan diteruskan lagi bagi peringkat Zon Timur bertempat di Kompleks Sukan Negeri, hari ini.

Sesi bermula dengan pembentangan oleh Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KBS, Encik Ibrahim Mohd Yusof dan disusuli dengan sesi perkongsian idea dan pandangan daripada rakan-rakan strategik merangkumi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Izwandy Ismail, sesi ini merupakan platform terbaik buat pemegang-pemegang taruh di peringkat akar umbi untuk turut sama terlibat di dalam penyediaan pelan melalui keterlibatn secara terus dan peluang berkongsi idea, pendapat dan pandangan. “Rata-rata pemegang taruh terutamanya dalam kalangan NGO sukan menyokong penuh inisiatif pelan ini kerana ia mampu memartabatkan penglibatan wanita dalam arena sukan tanah air,” ujar beliau lagi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Adun Wanita Terengganu, YB Hajah Zuraida binti Md. Noor. Turut hadir, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, Encik Mohd Fauzi Haji Ariffin.
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction

Konsol Debug Joomla!

Sesi

Maklumat Profil

Penggunaan Memori

Pertanyaan Pangkalan data