Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia akan menganjurkan sesi webinar bertajuk “JOM CIPTA KERJA (SIRI 2)” pada 9 Disember 2020 (Rabu) pukul 10.00 pagi melalui platform Zoom.

Terbuka kepada semua belia diluar sana!! Sesi webinar ini akan dikendalikan oleh speaker jemputan iaitu Chef Zaha, The Iron Butcher yang akan berkongsi idea-idea, kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan daging-daging berkualiti tinggi seperti Waghyu Miyazaki A5! Beliau juga pernah mengharumkan nama Malaysia kerana pernah memenangi Best Display Australia Meat Competition sebanyak 5 kali. Nantikan peluang ini yang pastinya dapat menginspirasikan belia-belia untuk menggunakan kemahiran dan idea kreatif untuk menjana pendapatan.

Anda berpeluang untuk melontarkan soalan dan pandangan sewaktu sesi webinar ini belangsung.

Platform : Zoom (https://zoom.us/webinar/register/WN_WptnlSF5R9mR1Qo1GFiopw)
Link Meeting ID : 974 5264 4160