Cawangan Pembangunan Ekonomi (CPE), Bahagian Pembangunan Belia (BPB, JBSN) akan melaksanakan program Facing Up with Social Entrepreneurship 2019 (FUSE 2019).  Program berbentuk pertandingan ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi membimbing pembangunan perniagaan sosial yang baru dari kalangan belia tempatan di samping memudahkan belia Malaysia untuk bekerjasama dan akhirnya berkembang, konsep keusahawanan sosial mencapai demografi yang lebih luas, serta menjadi perintis untuk generasi akan datang.

Adakah anda mempunyai idea perniagaan yang boleh membawa perubahan positif kepada masyarakat?

Jika ya, kemukakan idea anda sekarang!

Facing Up with Social Entrepreneurship 2019 (FUSE 2019) merupakan pertandingan anjuran bersama myHarapan (Youth Trust Foundation), bertujuan untuk memupuk minat golongan belia dalam bidang keusahawanan sosial.

2 kategori penyertaan:

13-17 tahun : Pelajar sekolah menengah

18-25 tahun: Pelajar IPT/Belia massa

Idea yang dikemukakan mestilah berdasarkan salah satu dari tema berikut:

  • Sukan
  • Pemerkasaan golongan kurang bernasib baik
  • Kebajikan haiwan
  • Pendidikan
  • Inovasi social

Penyertaan program ini akan dibuka secara dalam talian bermula 29 Julai sehingga 6 September 2019. Borang dan maklumat penyertaan boleh didapati dengan mengimbas QR code (mengikut kategori umur) pada poster FUSE 2019 dan mengisi google form.

Maklumat lanjut boleh berhubung dengan:

Puan Nur Azidah Binti Piakong,
Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi,
Bahagian Pembangunan Belia.
Telefon:  03-88713272