home button

Isnin, 30 November 2015 12:06

Misi , Visi, Objektif dan Fungsi

Written by
Rate this item
(0 votes)
VISI
Melahirkan belia berdaya maju, bersatu padu, mengamalkan nilai-nilai murni dan masyarakat berbudaya sukan.

 

MISI
Membina generasi Belia yang berketrampilan dalam bidang Kepimpinan, Keusahawanan, Kemahiran dan Kesukarelaan dengan Pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi membentuk generasi muda berwawasan. Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah masyarakat aktif, cergas dan bersatu.

 

OBJEKTIF
Melahirkan masyarakat belia yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
Memperkasakan organisasi belia dan sukan.
Mempertingkatkan kesedaran dan penyertaan dalam sukan massa.
Melahirkan belia remaja yang kreatif, prihatin, mahir dan dinamik.
Meningkatkan golongan belia yang bersepadu, berwawasan, bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai murni.
 

FUNGSI
Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama olehsektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda
Read 3310 times Last modified on Isnin, 08 Mac 2021 17:26