home button

Selasa, 22 Disember 2015 10:39

Sejarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu

Written by
Rate this item
(0 votes)
LATAR BELAKANG
[list type="smallnumber3"]
[list_item]Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu ialah sebuah Jabatan Persekutuan di Peringkat Negeri dan Bertangungjawab kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
[/list_item]
[list_item]Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu mula dibuka pada tahun 1966 di bawah Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia[/list_item]
[/list]
SEJARAH PENUBUHAN
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah bertanggungjawab untuk menjayakan pelaksanaan Dasar-Dasar Kerajaan mengenai Belia dan Sukan. Kementerian mula diasaskan dengan penubuhan Bahagian Belia di Kementerian Masyarakat pada tahun 1953. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Bahagian kebudayaan pula ditubuhkan di bawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Menyedari kepentingan peranan dan fungsi bahagian-bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan pada 16 Mei 1964.

Pada tahun 1987 Jemaah Menteri telah memindahkan Bahagian Kebudayaan kesebuah Kementerian baru iaiutu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan perlancongan. Mulai tarikh tersebut Jabatan Belia dan Sukan hanya melaksanakan program-program Belia dan Sukan sahaja.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah dibuka pada tahun 1966 dengan seorang pegawai Belia dan Sukan Negeri Terengganudan seorang kerani. Namun sekarang jabatan ini telah berkembang dengan pesat bukan sahaja dari segi keanggotaannya juga dari segi peranan dan tanggungjawab. Pada masa sama terdapat bertambahan jumlah keanggotaan iaitu seramai 79 perjawatan namun begitu hanya 75 perjawatan telah diisi manakala masih terdapat 4 kekosongan perjawatan. Sungguhpun demikian, kita masih lagi kekurangan dari segi keanggotaan kerana kerja-kerja yang perludilaksanakan dari masa ke semasa.

Walaubagaimanapun, Pegawai Belia dan Kakitangan yang ada sentiasa berusaha dan bekerjasama bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu telah melaksanakan pelbagai aktiviti di semua peringkat secara bersepadu, terancang serta memberi impak yang positif melalui bahagian-bahagian sebagaimana berikut:- [list type="smallnumber3"] [list_item]Bahagian Belia[/list_item] [list_item]Bahagian Sukan[/list_item] [list_item]Bahagian Rakan Muda[/list_item] [list_item] Pejabat Belia Dan Sukan Daerah[/list_item] [list_item]Kompleks Belia Dan Sukan[/list_item] [list_item]Kompleks Rakan Muda[/list_item] [/list]
Read 2729 times Last modified on Rabu, 24 Februari 2016 16:43
More in this category: « Piagam Pelanggan Carta Organisasi »