home button

Isnin, 30 November 2015 12:01

Perutusan Pengarah

Written by

gambar pengarah

 

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Bersyukur kita ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat bersama-sama lagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita di Tahun Baru 2021 bersamaan dengan Tahun 1442 Hijrah. Bersempena dengan tahun 2021 ini juga, saya bersama-sama dengan seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan terus melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi meningkatkan imej Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan memartabatkan amanat dari pihak Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan era transfomasi secara menyeluruh sepertimana yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.

Laman web JBSNT ini merupakani medium yang menyalurkan maklumat, aktiviti, program dan perkembangan terkini mengenai Pembangunan Belia dan Sukan khususnya di negeri Terengganu. Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memberi dimensi baru dalam penyaluran maklumat dengan lebih pantas dan meluas khususnya kepada belia-belia dan masyarakat amnya.


Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu sentiasa membuka ruang kepada belia-belia untuk memberikan cadangan – cadangan penambahbaikan perlaksanaan Program Pembangunan Belia dan Program Pembangunan Sukan yang sekaligus menggalakan belia-belia berhubungan secara langsung dengan Jabatan ini di dalam mencapai sasaran untuk melahirkan belia-belia yang berkualiti, berketrampilan dan berilmu serta mampu menjadi pemimpin pelapis pada masa yang akan datang.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memberi kepercayaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu melaksanakan pelbagai program / aktiviti belia dan sukan serta sentiasa memberikan sokongan kepada setiap perancangan yang telah ditetapkan. Jabatan ini berharap semoga hubungan seumpama ini akan dapat diteruskan lagi di dalam mewujudkan sebuah organisasi yang mantap dan berkualiti serta mampu menjalankan setiap perancangan dengan jayanya bagi tahun 2021.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Izwandy Bin Ismail
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Read 4591 times Last modified on Jumaat, 19 Februari 2021 08:51
More in this category: Misi , Visi, Objektif dan Fungsi »