
Selangor (9)
PROGRAM JOM AEROFIT BERSAMA WARGA IPD KUALA SELANGOR
Written by Pentadbir JBS Selangor
KUALA SELANGOR, 12 OKTOBER 2019 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Program Jom Aerofit Bersama Warga IPD Kuala Selangor bertempat di Padang Kawad IPD Kuala Selangor dan seramai 250 orang anggota dan kakitangan awam menyertai aktiviti Senamrobik. Program ini dipilih berdasarkan kepada minat dan populariti dalam kalangan masyarakat yang semakin mendapat tempat tanpa mengenal batas umur, bangsa, agama dan latar belakang.
Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor
RAKAN MUDA BERSAMA KEMPORI PENGAKAP SELANGOR
Written by Pentadbir JBS Selangor“FITMALAYSIA@KOMUNITI MENDAPAT SAMBUTAN MASYARAKAT SETEMPAT”
Written by Pentadbir JBS SelangorKUALA LANGAT, 25 Mac 2018 – Usaha menggalakkan penglibatan masyarakat setempat khususnya golongan belia dan remaja dalam aktiviti kecergasan mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Program ini menghimpunkan kesemua instruktur dan penggiat aktiviti kecergasan Daerah Kuala Langat. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Kelab Kecergasan MAYC Kuala Langat bertempat di Dewan Kompleks MDKL, Banting.
Program ini dilaksanakan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan dimana ianya melibatkan semua golongan masyarakat tanpa mengenal batas umur, bangsa, agama dan latar belakang.
Bagi program ini, sebanyak 3 sesi akan diadakan dalam tempoh 3 bulan, dimana empat (4) aktiviti utama diberi penekanan iaitu senamrobik, larian, berbasikal dan berjalan kaki. Diharap usaha kerajaan dalam mewujudkan sebuah masyarakat berbudaya sukan akan tercapai dengan adanya program kecergasan sebegini.
Disediakan Oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat
Kemudahan Kompleks Rakan Muda Daerah Klang
Written by Pentadbir JBS Selangor
Lot 43204, Jalan Klang Perdana
Sementa, 42100 Klang
Selangor Darul Ehsan


Unit :
Kadar Sewaan : RM30/Jam (Dewan) | RM8/Jam (Terbuka)


Unit :
Kadar Sewaan : RM30/Jam


Unit :
Kadar Sewaan : RM8 (Terbuka) | RM30 (Dewan)


Unit :
Kadar Sewaan : RM8/Jam
Waktu Beroperasi : 7 pm - 12 am


Unit :
Kadar Sewaan : RM8/Jam


Unit:
Kadar Sewaan : RM30/Jam


Unit :
Kadar Sewaan : RM5/Jam (Terbuka)
“Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan masyarakat berbudaya sukan di Negeri Selangor” :
“Menyemarakkan aktiviti kesukarelaan dan kecergasan secara berorganisasi melalui program-program Belia, Sukan dan Rakan Muda” :
[list type="smallnumber3"]
[list_item]Memastikan perlaksanaan pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ke tahap maksimum; [/list_item]
[list_item]Memperkasa jati diri belia melalui aktiviti kepimpinan perpaduan dan gaya hidup aktif ; [/list_item]
[list_item]Membina masyarakat belia yang aktif, berakhlak dan berdisplin [/list_item]
[list_item]Membina masyarakat yang cergas dan bersatu padu melalui program sukan massa; [/list_item]
[list_item]Menggalakkan masyarakat menggunakan kemudahan-kemudahan sukan di bawah pengelolaan Jabatan. [/list_item]
[/list]
Piagam Pelanggan / Prestasi Piagam Pelanggan
Written by Pentadbir JBS Selangor[list type="smallnumber3"] [list_item]Memproses bayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dengan syarat dokumen dikemukakan adalah lengkap; [/list_item] [list_item]Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia dan badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat; [/list_item] [list_item]Memberi maklumbalas tempahan Kompleks rakan Muda Klang dalam tempoh dua (2) hari bekerja; [/list_item] [list_item]Memberi maklumbalas sebarang aduan menerusi Portal Jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; [/list_item] [list_item]Mengesahkan penerimaan aduan dan pertanyaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberikan maklumbalas aduan dalam masa tiga (3) hari; [/list_item] [list_item]Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia dan badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh mesyuarat. [/list_item] [/list]
PRESTASI PIAGAM PELANGGAN
Sejarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
Written by Pentadbir JBS SelangorLATAR BELAKANG
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia berlokasi di Tingkat 5, Bangunan Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran Shah Alam bermula pada Mac 2008 setelah berpindah dari Bangunan SSAAS Shah Alam.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor terdiri daripada 9 Pejabat Belia Dan Sukan Daerah iaitu;
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR TERBAHAGI KEPADA 4 BAHAGIAN :
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
Pentadbiran dan Sumber Manusia
Kewangan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN
Unit Pembangunan Kecergasan
Unit Pembangunan Rekreasi Organisasi dan Penggalakkan Sukan
Unit Pembangunan Paralimpik
BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA
Unit Sosial
Unit Pembangunan Sahsiah, Kepimpinan dan Kemahiran
Unit Pembangunan Ekonomi
BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA
Unit Gaya Hidup
Unit Pembangunan Organisasi dan Komuniti
Unit Pengembangan Rakan Muda
TERDAPAT 1 KOMPLEKS RAKAN MUDA :
Kompleks Rakan Muda Klang
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Perkembangan teknologi yang semakin pesat ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’ terutamanya di kalangan para belia masa kini telah menyuntik idea kepada Jabatan ini untuk mewujudkan portal rasmi ini dan mengoptimakan penggunaannya.
Kaedah dan sistem penyampaian yang berkesan dipelbagaikan khususnya dalam mengetengahkan maklumat terkini kepada belia. Sesuai dengan ungkapan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari. Kini, melalui portal ini, kami menyediakan maklumat dan perkembangan mutakhir yang berkaitan dengan Belia, Sukan dan Rakan Muda secara meluas dan lebih berkesan kepada rakyat khususnya pengunjung belia di Negeri Selangor.
Akhir kata, saya bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor berharap agar portal ini mampu memberi manfaat, ruang dan peluang serta menjawab segala persoalan anda tentang Jabatan ini. Sebarang cadangan dan pandangan daripada anda amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
SELAMAT MAJU JAYA ‘BELIA SELANGOR’
Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor