Pentadbir JBS Selangor
AKTIVITI MENGECAT BILIK OPERASI HAL EHWAL PELAJAR, MAJLIS TINDAKAN OKU SELANGOR (MTOS)
BANGI, 16 NOVEMBER 2019 – Bilik operasi Majlis Tindakan OKU Selangor berubah wajah selepas di cat semula oleh sukarelawan Program Rakan Muda Kreatif Peringkat Negeri Selangor 2019. Program ini melibatkan sukarelawan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam Bangi, Kelab Belia Jenderam Hulu, dan juga Youth Power Club (YPC). Program ini merupakan salah satu pengisian bagi elemen Rakan Khidmat Sosial dalam Program Rakan Muda.
Program yang bertempat di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang
PROGRAM JOM AEROFIT BERSAMA WARGA IPD KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 12 OKTOBER 2019 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Program Jom Aerofit Bersama Warga IPD Kuala Selangor bertempat di Padang Kawad IPD Kuala Selangor dan seramai 250 orang anggota dan kakitangan awam menyertai aktiviti Senamrobik. Program ini dipilih berdasarkan kepada minat dan populariti dalam kalangan masyarakat yang semakin mendapat tempat tanpa mengenal batas umur, bangsa, agama dan latar belakang.
Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor