home button

Rabu, 24 Februari 2016 16:33

Perutusan Pengarah

Written by
Rate this item
(0 votes)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Perkembangan teknologi yang semakin pesat ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’ terutamanya di kalangan para belia masa kini telah menyuntik idea kepada Jabatan ini untuk mewujudkan portal rasmi ini dan mengoptimakan penggunaannya.

Kaedah dan sistem penyampaian yang berkesan dipelbagaikan khususnya dalam mengetengahkan maklumat terkini kepada belia. Sesuai dengan ungkapan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari. Kini, melalui portal ini, kami menyediakan maklumat dan perkembangan mutakhir yang berkaitan dengan Belia, Sukan dan Rakan Muda secara meluas dan lebih berkesan kepada rakyat khususnya pengunjung belia di Negeri Selangor.

Akhir kata, saya bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor berharap agar portal ini mampu memberi manfaat, ruang dan peluang serta menjawab segala persoalan anda tentang Jabatan ini. Sebarang cadangan dan pandangan daripada anda amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

SELAMAT MAJU JAYA ‘BELIA SELANGOR’


HASNATA BIN HASAN

Pengarah 

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
Read 4169 times Last modified on Selasa, 25 Ogos 2020 11:40
More in this category: Carta Organisasi »