home button

Pentadbir JBS Selangor

BANGI, 16 NOVEMBER 2019 – Bilik operasi Majlis Tindakan OKU Selangor berubah wajah selepas di cat semula oleh sukarelawan Program Rakan Muda Kreatif Peringkat Negeri Selangor 2019. Program ini melibatkan sukarelawan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam Bangi, Kelab Belia Jenderam Hulu, dan juga Youth Power Club (YPC). Program ini merupakan salah satu pengisian  bagi elemen Rakan Khidmat Sosial dalam Program Rakan Muda.

Program yang bertempat di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi ini bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.

Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang

KS 6

KUALA SELANGOR, 12 OKTOBER 2019
– Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan Program Jom Aerofit Bersama Warga IPD Kuala Selangor bertempat di Padang Kawad IPD Kuala Selangor dan seramai 250 orang anggota dan kakitangan awam menyertai aktiviti Senamrobik. Program ini dipilih berdasarkan kepada minat dan populariti dalam kalangan masyarakat yang semakin mendapat tempat tanpa mengenal batas umur, bangsa, agama dan latar belakang.

Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor

Selasa, 18 September 2018 10:56

RAKAN MUDA BERSAMA KEMPORI PENGAKAP SELANGOR

BUKIT ROTAN, 18 SEPTEMBER 2018 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor dijemput untuk mengadakan pameran sempena KEMPORI Pengakap Selangor 2018 pada 15 hingga 16 September 2018 (Sabtu – Ahad) bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Assam Jawa, Bukit Rotan, Kuala Selangor yang telah dirasmikan oleh YB Dr Haji Dzulkifli bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.Puan Nurul Nadia binti Sallehuddin, Pembantu Rakan Muda, Bahagian Pembangunan Rakan Muda selaku Jawatankuasa Promosi dan Publisiti, JBS Negeri Selangor juga turut serta dalam menjayakan pameran tersebut.Disediakan oleh : Azlan bin Sap, Bahagian Rakan Muda