home button

Khamis, 19 April 2018 11:40

“FITMALAYSIA@KOMUNITI MENDAPAT SAMBUTAN MASYARAKAT SETEMPAT”

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LANGAT, 25 Mac 2018 – Usaha menggalakkan penglibatan masyarakat setempat khususnya golongan belia dan remaja dalam aktiviti kecergasan mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Program ini menghimpunkan kesemua instruktur dan penggiat aktiviti kecergasan Daerah Kuala Langat. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Kelab Kecergasan MAYC Kuala Langat bertempat di Dewan Kompleks MDKL, Banting.


Program ini dilaksanakan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan dimana ianya melibatkan semua golongan masyarakat tanpa mengenal batas umur, bangsa, agama dan latar belakang.

Bagi program ini, sebanyak 3 sesi akan diadakan dalam tempoh 3 bulan, dimana empat (4) aktiviti utama diberi penekanan iaitu senamrobik, larian, berbasikal dan berjalan kaki. Diharap usaha kerajaan dalam mewujudkan sebuah masyarakat berbudaya sukan akan tercapai dengan adanya program kecergasan sebegini.

Disediakan Oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat 

Read 4266 times Last modified on Khamis, 19 April 2018 15:39