home button

Pentadbir JBS Sarawak

Isnin, 04 Januari 2016 11:35

Objektif dan Fungsi Jabatan

VISI
Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi insan yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020 Melahirkan sebuah masyarakat yang sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif, sihat, cergas dan bersatu padu.

MISI
Menyediakan program pembangunan Belia dan Sukan kepada belia-belia di Sarawak dalam memberi sumbangan terbaik untuk membentuk generasi muda yang mampu mewarisi negara dan mengangkat peradaban bangsa dan negara Membangunkan sukan untuk membentuk kecemerlangan individu dan perpaduan masyarakat.

OBJEKTIF
Menyediakan program pembangunan Belia dan Sukan kepada belia-belia di Sarawak dalam memberi sumbangan terbaik untuk membina Masyarakat Belia Yang Berakhlak Dan Berdisiplin, Melahirkan Pemimpin Dan Usahawan Belia Serta Mewujudkan Tenaga Kerja Pekerja Mahir Belia seterusnya membina Masyarakat Yang Sihat Dan Cergas Ke Arah Kesejahteraan Negara.
Isnin, 04 Januari 2016 09:59

Sejarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak

Sejarah Awal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan mula diwujudkan di Negeri Sarawak pada 1 Januari 1969 di Tepian Gelanggang, Jalan Keretapi, Kuching, Sarawak (Sekarang Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce).

Pada 21 Mac 1987, Bahagian Kebudayaan telah berpindah ke Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Dengan perpindahan tersebut, Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diubah nama ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Pada 18 Julai 1988, Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berpindah ke Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Pada Februari 2012, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah sekali lagi berpindah kembali ke tapak KOMBES yang lama iaitu di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dengan bangunan KOMBES yang telah dinaiktarafkan.
Isnin, 04 Januari 2016 08:39

Perutusan Pengarah


                                                                                                                                                IMG 20210406 WA0012
 
 
Salam Perpaduan dan Salam Sejahtera,

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
 
Laman Web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini boleh dijadikan sebagai saluran alternatif kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan organisasi dan perkhidmatan di Jabatan ini. Harapan saya semoga kandungan Laman Web ini dapat memberi manfaat kepada pegawai, kakitangan JBS Sarawak, NGO's Belia, Sukan dan golongan remaja yang memerlukan maklumat mengenai berita semasa, program-program dan kursus-kursus yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak JBS Sarawak.
 
Saya juga mengalu-alukan NGO's Belia, Kelab-kelab Sukan serta para belia setempat untuk hadir ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak untuk digunakan sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti mereka.

Akhir kata daripada saya, semoga warga belia dapat melayari Laman Web ini dengan baik dan mendapat maklumat yang dikehendaki.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 LAMAT ANAK NYALAU
PENGARAH
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK