MESYUARAT UNIT ICT DAN KOMUNIKASI MEDIA JBS SARAWAK
Written by Pentadbir JBS SarawakKUCHING, 14 DISEMBER 2020 - Mesyuarat Unit ICT Komunikasi dan Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di ibu pejabat telah dipengerusikan oleh Encik Rahmat bin Elli Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Mesyuarat ini diadakan untuk berkongsi idea dan bertukar pendapat dalam menghasilkan hebahan dalam bentuk yang lebih kreatif dan berinformasi tepat. Para pengawai juga turut berkongsi aplikasi terkini yang dapat digunakan untuk penyampaian maklumat dalam bentuk yang lebih mudah. Penyampaian maklumat yg kreatif dapat menarik minat orang ramai untuk mengikuti perkembangan berita dan program-program yang akan dilaksanakan.
Semoga dengan perkongsian idea dan pendapat dikalangan pegawai ICT Komunikasi dan Media dapat menarik lebih ramai orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa program-program di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.