home button

Khamis, 17 Disember 2015 15:43

Latarbelakang dan Sejarah

Written by
Rate this item
(0 votes)



Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah ditubuhkan dan beroperasi sejak tahun 1968 dengan dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Pada tahun tersebut Jabatan ini ditempatkan pertama kali dibagunan SEDCO, Sinsuran, Kota Kinabalu. Setelah wujudnya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan pada tahun 1987, nama Jabatan ini telah bertukar menjadi Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Dan kemudiannya ditempatkan di Bangunan KWSP, Karamunsing, Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, pada 01 November 2003, Ibu Pejabat sekali lagi telah berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah yang terletak di Jalan Taman Pasir Putih, Putatan, Kota Kinabalu dan merupakan Bangunan Pentadbiran milik Jabatan sendiri.

Pentadbiran Jabatan ini dibahagikan kepada Ibu Pejabat dan bahagian-bahagian. Pembahagian ini sesuai bagi memudahkan pengurusan dan perlaksanaan program serta sesuai dengan keluasan Negeri Sabah yang meliputi 69,993 kilometer persegi. Cawangan-cawangan pentadbiran ibu pejabat pula adalah terdiri daripada Bahagian Pantai Barat, Bahagian Kudat, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) dan bahagian Pedalaman Bawah (Beaufort).


More in this category: Perutusan Pengarah »