home button

Pentadbir JBS Perlis

Rabu, 24 Februari 2016 10:10

EKSPEDISI WANG GUNUNG 2018

  
   
 
Khamis, 17 Disember 2015 15:04

Perutusan Pengarah

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS
 
 
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada tahun ini, fokus Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis adalah memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan.

Justeru itu, portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis akan menjadi satu platform untuk para belia dan masyarakat mendapatkan segala input berkaitan penganjuran program dan aktiviti yang akan, sedang dan telah dianjurkan oleh pihak Jabatan.

Dalam usaha memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan, pihak Jabatan memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak khususnya Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak swasta dan korporat serta masyarakat akar umbi.

Sumbangan tuan/puan dalam bentuk idea, cadangan dan pandangan ke arah meningkatkan lagi kecekapan dan perkhidmatan laman portal ini amat dialu-alukan agar matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tercapai dengan jayanya.

Kami sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang usaha dan cadangan ke arah jalinan kerjasama yang lebih erat dan harmoni dengan pelbagai pihak di luar sana agar Jabatan ini dapat memainkan peranannya sebaik mungkin selaras dengan visi dan misi Kementerian yang memberi fokus kepada pembangunan belia dan sukan di Negara ini amnya dan Perlis khususnya.

Semoga dengan adanya laman portal ini akan memberi manfaat dan faedah kepada semua golongan yang terlibat dalam usaha Kerajaan memartabatkan golongan belia dan anak muda serta melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu.


Sekian, terima kasih.

Mohd Nizam Bin Mat Daud

Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Perlis

Khamis, 17 Disember 2015 14:53

Objektif dan Fungsi Jabatan

VISI

Masyarakat belia yang wujud pada tahun 2010 akan mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti serta menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara.  

MISI

Membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020.

OBJEKTIF

Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020.

FUNGSI

Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama olehsektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda