home button

Khamis, 17 Disember 2015 08:39

Sejarah dan Fungsi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

Written by
Rate this item
(0 votes)
                                                                                                          


Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah ditempatkan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis atau yang sebelum ini dikenali sebagai “Tepian Gelanggang” di atas tapak yang berkeluasan 0.9485 hekter ( 2 ekar 1 Rood 15.0000 pole).

Jabatan ini beroperasi serentak dengan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis bermula pada 29 Januari 1970 yang telah dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Hussain S.M.N, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap sebagai Pengarah Gerakan Malaysia pada ketika itu.

Jabatan ini mempunyai 32 orang kakitangan termasuk seorang pengarah, dua orang penolong pengarah, sembilan orang pegawai, lima orang pembantu belia dan sukan, seorang ketua pembantu tadbir, empat orang pembantu tadbir, dua orang pembantu tadbir kewangan, seorang pegawai khidmat pelanggan, tiga orang pembantu operasi, dua orang pembantu awam dan dua orang pemandu. Manakala dua jawatan pegawai dan satu jawatan pembantu tadbir kewangan masih kosong.

Jabatan memainkan peranan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat melalui pelbagai program yang telah disusun atur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis yang kini diterajui oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis. Dalam menjayakan program dan aktiviti, pihak Jabatan telah menjalinkan hubungan erat dengan persatuan-persatuan belia dan sukan serta golongan Orang Kurang Upaya sebagai jentera sokongan dalam melaksana dan menjayakan program sehingga ke peringkat akar umbi. Sebagai tanda dan usaha bagi menyahut seruan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia dengan menjadikan persatuan sebagai Rakan Kongsi Jabatan dalam melaksanakan program.

Jabatan sentiasa mengamalkan Dasar Pintu Terbuka kepada semua agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi serta individu dalam usaha memartabatkan lagi pembangunan modal insan di kalangan belia.

Jabatan berharap semoga hubungan yang erat ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Komponen Kompleks adalah terdiri dari Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pejabat Kompleks, Asrama, Dewan Besar, Dewan Gimnasium, Gimnasium Rakyat 1 Malaysia Kangar, Bilik Seminar, Bilik Ceramah dan Surau. 

Kemudahan sukan yang terdapat di sini adalah Badminton, Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Jaring, Futsal, Gim dan Tembok Mendaki. Sementara itu Gelanggang Patanque,  Gelanggang Lawn Bowl dan Kompleks Kolam Renang yang terletak di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar juga adalah di bawah seliaan KOMBES Negeri Perlis.
Read 3798 times Last modified on Isnin, 13 Ogos 2018 13:37
More in this category: Objektif dan Fungsi Jabatan »