home button

Perlis

Perlis (5)

Khamis, 25 Februari 2016 10:40

Piagam Pelanggan

Written by
PIAGAM PELANGGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS

Kami Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang bersih, cekap, tepat dan cepat dalam suasana mesra serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi dalam menjalankan tugas kami. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:

[list type="smallnumber3"] [list_item]Menyediakan 100 Program Kecergasan kepada rakyat Negeri Perlis dalam tempoh setahun; [/list_item] [list_item]Menyediakan 100 Program Pembangunan Belia dan Pembangunan Rakan Muda dalam tempoh setahun; [/list_item] [list_item]Memuat naik maklumat semasa atas talian dalam tempoh dua (2) hari bekerja;[/list_item] [list_item]Mengesahkan penerimaan aduan dan pertanyaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberikan maklumbalas aduan dalam masa tiga (3) hari;[/list_item] [list_item]Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia dan badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh mesyuarat; [/list_item] [list_item]Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.[/list_item] [/list]


PRESTASI PIAGAM PELANGGAN
Khamis, 25 Februari 2016 10:38

Carta Organisasi JBS Perlis

Written by
Khamis, 17 Disember 2015 15:04

Perutusan Pengarah

Written by
PERUTUSAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS
 
 
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada tahun ini, fokus Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis adalah memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan.

Justeru itu, portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis akan menjadi satu platform untuk para belia dan masyarakat mendapatkan segala input berkaitan penganjuran program dan aktiviti yang akan, sedang dan telah dianjurkan oleh pihak Jabatan.

Dalam usaha memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan, pihak Jabatan memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak khususnya Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak swasta dan korporat serta masyarakat akar umbi.

Sumbangan tuan/puan dalam bentuk idea, cadangan dan pandangan ke arah meningkatkan lagi kecekapan dan perkhidmatan laman portal ini amat dialu-alukan agar matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tercapai dengan jayanya.

Kami sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang usaha dan cadangan ke arah jalinan kerjasama yang lebih erat dan harmoni dengan pelbagai pihak di luar sana agar Jabatan ini dapat memainkan peranannya sebaik mungkin selaras dengan visi dan misi Kementerian yang memberi fokus kepada pembangunan belia dan sukan di Negara ini amnya dan Perlis khususnya.

Semoga dengan adanya laman portal ini akan memberi manfaat dan faedah kepada semua golongan yang terlibat dalam usaha Kerajaan memartabatkan golongan belia dan anak muda serta melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu.


Sekian, terima kasih.

Mohd Nizam Bin Mat Daud

Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Perlis

Khamis, 17 Disember 2015 14:53

Objektif dan Fungsi Jabatan

Written by
VISI

Masyarakat belia yang wujud pada tahun 2010 akan mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti serta menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara.  

MISI

Membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020.

OBJEKTIF

Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020.

FUNGSI

Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama olehsektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda
                                                                                                          


Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah ditempatkan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis atau yang sebelum ini dikenali sebagai “Tepian Gelanggang” di atas tapak yang berkeluasan 0.9485 hekter ( 2 ekar 1 Rood 15.0000 pole).

Jabatan ini beroperasi serentak dengan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis bermula pada 29 Januari 1970 yang telah dirasmikan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Hussain S.M.N, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap sebagai Pengarah Gerakan Malaysia pada ketika itu.

Jabatan ini mempunyai 32 orang kakitangan termasuk seorang pengarah, dua orang penolong pengarah, sembilan orang pegawai, lima orang pembantu belia dan sukan, seorang ketua pembantu tadbir, empat orang pembantu tadbir, dua orang pembantu tadbir kewangan, seorang pegawai khidmat pelanggan, tiga orang pembantu operasi, dua orang pembantu awam dan dua orang pemandu. Manakala dua jawatan pegawai dan satu jawatan pembantu tadbir kewangan masih kosong.

Jabatan memainkan peranan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat melalui pelbagai program yang telah disusun atur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis yang kini diterajui oleh Y.A.B Menteri Besar Perlis. Dalam menjayakan program dan aktiviti, pihak Jabatan telah menjalinkan hubungan erat dengan persatuan-persatuan belia dan sukan serta golongan Orang Kurang Upaya sebagai jentera sokongan dalam melaksana dan menjayakan program sehingga ke peringkat akar umbi. Sebagai tanda dan usaha bagi menyahut seruan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia dengan menjadikan persatuan sebagai Rakan Kongsi Jabatan dalam melaksanakan program.

Jabatan sentiasa mengamalkan Dasar Pintu Terbuka kepada semua agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi serta individu dalam usaha memartabatkan lagi pembangunan modal insan di kalangan belia.

Jabatan berharap semoga hubungan yang erat ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Komponen Kompleks adalah terdiri dari Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pejabat Kompleks, Asrama, Dewan Besar, Dewan Gimnasium, Gimnasium Rakyat 1 Malaysia Kangar, Bilik Seminar, Bilik Ceramah dan Surau. 

Kemudahan sukan yang terdapat di sini adalah Badminton, Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Jaring, Futsal, Gim dan Tembok Mendaki. Sementara itu Gelanggang Patanque,  Gelanggang Lawn Bowl dan Kompleks Kolam Renang yang terletak di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar juga adalah di bawah seliaan KOMBES Negeri Perlis.