Print this page
Khamis, 17 Disember 2015 15:04

Perutusan Pengarah

Written by
Rate this item
(1 Vote)
PERUTUSAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS
 
 
 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pada tahun ini, fokus Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis adalah memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan.

Justeru itu, portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis akan menjadi satu platform untuk para belia dan masyarakat mendapatkan segala input berkaitan penganjuran program dan aktiviti yang akan, sedang dan telah dianjurkan oleh pihak Jabatan.

Dalam usaha memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan, pihak Jabatan memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak khususnya Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak swasta dan korporat serta masyarakat akar umbi.

Sumbangan tuan/puan dalam bentuk idea, cadangan dan pandangan ke arah meningkatkan lagi kecekapan dan perkhidmatan laman portal ini amat dialu-alukan agar matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tercapai dengan jayanya.

Kami sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang usaha dan cadangan ke arah jalinan kerjasama yang lebih erat dan harmoni dengan pelbagai pihak di luar sana agar Jabatan ini dapat memainkan peranannya sebaik mungkin selaras dengan visi dan misi Kementerian yang memberi fokus kepada pembangunan belia dan sukan di Negara ini amnya dan Perlis khususnya.

Semoga dengan adanya laman portal ini akan memberi manfaat dan faedah kepada semua golongan yang terlibat dalam usaha Kerajaan memartabatkan golongan belia dan anak muda serta melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu.


Sekian, terima kasih.

Mohd Nizam Bin Mat Daud

Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Perlis

Read 4656 times Last modified on Selasa, 29 Mac 2022 17:14
FaLang translation system by Faboba