home button

Khamis, 17 Disember 2015 15:04

Perutusan Pengarah

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, pada tahun ini, fokus Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis adalah memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan.

Justeru itu, portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis akan menjadi satu platform untuk para belia dan masyarakat mendapatkan segala input dari masa ke semasa berkaitan penganjuran aktiviti dan program yang akan, sedang dan telah dianjurkan oleh pihak Jabatan.

Dalam usaha memperkasakan pertubuhan belia dan sukan, membangunkan para belia dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersukan, pihak Jabatan memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak khususnya Jabatan dan Agensi Kerajaan, pihak swasta dan korporat serta masyarakat akar umbi.

Sokongan boleh disalurkan melalui buah fikiran, idea, cadangan dan pandangan ke arah meningkatkan lagi kecekapan dan perkhidmatan laman portal ini agar matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia tercapai dengan jayanya.

Saya sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang usaha dan cadangan ke arah jalinan kerjasama yang lebih erat dan harmoni dengan pelbagai pihak di luar sana agar Jabatan ini dapat memainkan peranannya sebaik mungkin selaras dengan visi dan misi Kementerian yang memberi fokus kepada pembangunan belia dan sukan di Negara ini amnya dan Perlis khususnya.

Semoga dengan adanya laman portal ini akan memberi manfaat dan faedah kepada semua golongan yang terlibat dalam usaha Kerajaan memartabatkan golongan belia dan anak muda serta melahirkan individu yang sihat, cergas dan bersatu.


Sekian, terima kasih.

Norhazita Bt Kamaludin

Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Perlis

Read 2920 times Last modified on Isnin, 04 Mei 2020 11:14