home button

Khamis, 25 Februari 2016 10:17

Perutusan Pengarah

Written by
Rate this item
(0 votes)




Saya berasa sangat berbesar hati dan bersyukur kehadrat Ilahi, kerana diatas keizinanNya, laman sesawang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah dapat dibangunkan untuk tatapan para pengunjung. Sesungguhnya objektif utama laman ini diadakan untuk memudahkan individu dan komuniti berhubung dengan pihak Jabatan secara terus, cepat dan tepat. Juga merupakan salah satu cara dan instrument bagi mempercepatkan serta melicinkan perkhidmatan Jabatan khususnya. Ia juga menjadi medium kepada penyaluran maklumat, khususnya berkaitan dengan aktiviti serta perkembangan Jabatan dengan lebih cepat dan berkesan kepada kumpulan sasar, orang ramai, dan sekaligus perkhidmatan dapat disalurkan dengan lebih berkesan, berkualiti dan berterusan.

Maklumat yang disalurkan juga dapat membantu meningkatkan pengetahuan, kesedaran, dan keilmuan kepada setiap golongan masyarakat. Justeru itu, penekanan dan keutamaan kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai cabang ilmu dan sumber teknologi untuk kemajuan Negara tercapai. Oleh yang demikian, menerusi laman sesawang ini, saya amat berharap dan menyeru agar setiap ahli masyarakat dapat memanfaatkan segala maklumat-maklumat di dalamnya untuk digunakan dengan sebaik mungkin. Pihak Jabatan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang unggul serta efisyen kepada masyarakat dan seterusnya mengharumkan nama Jabatan demi kepentingan agama, bangsa dan Negara.

Saya bagi pihak Jabatan ini mengalu-alukan sebarang cadangan atau sumbangan untuk memajukan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan penyampaian maklumat melalui media elektronik ini. Semoga dengan usaha ini, hubung Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan masyarakat dapat diperkukuhkan dan bertambah erat berteraskan inspirasi dan wawasan Negara.
Sekian, terima kasih.

Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Read 3538 times Last modified on Isnin, 03 Februari 2020 11:23
More in this category: Sejarah JBS Perak »