home button

Isnin, 04 Januari 2016 10:14

Latar Belakang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan

Written by
Rate this item
(0 votes)
LATAR BELAKANG JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan adalah antara Jabatan yang bernaung di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan ditubuhkan pada tahun 2000. Terdapat 7 buah Pejabat Belia Dan Sukan Daerah di sekitar Negeri Sembilan iaitu di daerah Seremban , Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Rembau.

Selain itu Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan mempunyai dua kompleks Rakan Muda yang terletak di daerah Kuala Pilah dan Jempol serta Kompleks Belia Dan Sukan yang dibina di Paroi, Negeri Sembilan. Sehingga kini, berbagai aktiviti yang difikirkan sesuai telah dilaksanakan dari Bahagian Belia, Sukan dan Rakan Muda bagi menambahkan lagi keberkesanan dan fungsi Jabatan ini diperingkat Negeri mahupun Kebangsaan.