home button

Selasa, 15 Disember 2015 10:06

Sejarah dan Fungsi Jabatan Belia dan Sukan Melaka

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEJARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) telah wujud dan beroperasi sejak tahun 1967. Pentadbiran Jabatan dibahagikan kepada Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan serta tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Jumlah pusat pentadbiran yang kecil ini sesuai dengan keluasan Negeri Melaka yang hanya mempunyai keluasan 1650 km persegi atau 1.3 peratus daripada kawasan seluruh Malaysia dengan penduduk seramai 733,330 orang dan belia berumur 40 tahun seramai 350100 orang.

FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN
Memastikan segala urusan perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran jabatan dan kakitangan berjalan dengan teratur, kemas serta mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan.

FUNGSI BAHAGIAN KEWANGAN
Memastikan segala urusan kewangan dan perbelanjaan jabatan berjalan cekap, cermat dan teratur berpandukan Arahan-Arahan Kewangan Negeri Arahan Perbendaharaan

FUNGSI CAWANGAN BELIA
1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
2. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.
3. Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
4. Memperkasakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia.
5. Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa di kalangan belia.
6. Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat di kalangan generasi muda.

FUNGSI CAWANGAN SUKAN
1. Menganjurkan aktiviti di bawah program "FitMalaysia" dan "Sukan Untuk Semua" di peringkat  Negeri dan Daerah ke arah menarik penyertaan ramai di kalangan semua lapisan masyarakat.
2. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kecergasan dan "Gaya Hidup Sihat" melalui aktiviti sukan yang bersesuaian dengan program "FitMalaysia" ke arah menjadikan rakyat Melaka Bebudaya Sukan
3. Merancang serta memantapkan program "Sukan untuk Semua" dengan mengadakan kerjasama dengan pihak NGO Sukan dan Kecergasan.
4. Memantapkan program dan latihan pendidikan kecergasan untuk Penggerak/Instruktur Kecergasan di peringkat Negeri dan semua agensi-agensi berkaitan.
5. Menyediakan kemudahan kecergasan di  Gimnasium Rakyat 1 Malaysia.
6. Membangunkan program serta aktiviti-aktiviti Rekreasi dan Sukan Bermotor.
7. Bekerjasama dengan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Rekreasi dan Sukan Bermotor supaya kegiatan aktiviti rekreasi dan sukan bermotor dapat dipertingkatkan di semua peringkat.


FUNGSI CAWANGAN RAKAN MUDA

1. Merancang, melaksana Program Rakan Muda di seluruh Negeri Melaka selaras dengan Aspirasi TN50.
2. Memangkin pelaksanaan Gaya Hidup golongan muda bersesuaian dengan 'trend', citarasa, gaya hidup aktif dan sihat, cabaran serta intelektual generasi muda bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan arus globalisasi.
3. Menghasilkan dasar dan polisi berhubung dengan keperluan pemantapan dan pendekatan baru program Rakan Muda dari semasa ke semasa.
4. Mempromosi Program Rakan Muda bagi tujuan perluasan pelaksanaan meliputi semua pihak di sektor-sektor yang melibatkan generasi muda.
5. Membentuk pembangunan personaliti dan peribadi generasi muda melalui peluang penyertaan dan interaksi melalui aktiviti-aktiviti masa lapang yang berkualiti.
6. Menjana pembangunan potensi golongan muda melalui kesepaduan tenaga dan peranan ahli masyarakat, ibu bapa, mentor, golongan pendidik serta rakan sebaya.
7. Menyelaras pembangunan kesukarelaan dan aktiviti-aktiviti sukarela di kalangan generasi muda 15-25 tahun.

Read 3033 times Last modified on Isnin, 29 Januari 2018 10:35
More in this category: Perutusan Pengarah »