home button

Selasa, 15 Disember 2015 10:51

Perutusan Pengarah

Written by
Rate this item
(0 votes)
Pengarah En Noorman

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ ‎

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, saya ingin mengalu-alukan semua pengunjung untuk melayari laman web rasmi jabatan. Pihak jabatan sentiasa komited dalam melaksanakan peranan sebagai penghubung di antara pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri Melaka dengan kumpulan sasar melalui medium dan sistem penyampaian yang berkesan.

Dalam konteks ini, laman web rasmi jabatan adalah merupakan salah satu medium serta platform yang disediakan bagi memberikan kemudahan kepada para pengunjung. Laman web ini menyediakan akses kepada pengunjung untuk membuat carian bagi mendapatkan maklumat serta mengetahui perkembangan terkini berkaitan pembangunan belia dan sukan di Negeri Melaka khususnya.

Pihak jabatan mengalu-alukan sebarang cadangan atau maklumbalas daripada para pengunjung bagi membantu pihak jabatan untuk menambahbaik serta meningkatkan kualiti penyampaian jabatan melalui laman web ini. Semoga medium ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para pengunjung.

Sekian, terima kasih

En. Noorman Bin Ramlan
Pengarah 
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
Read 3189 times Last modified on Isnin, 13 Januari 2020 11:56