home button

Kelantan

Kelantan (8)

PERHIMPUNAN DWI-BULANAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JBSN KELANTAN SUKU TAHUN KE-2/2016

BACHOK, 13 APRIL 2016 - Sejajar dengan kehendak kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bachok dengan kerjasama Klinik Kuchelong telah menganjurkan Program Komuniti FitMalaysia, baru-baru ini.

Program Senamrobik yang dijalankan di dataran Klinik Kuchelong telah mendapat sambutan yang begitu baik. Seramai 34 peserta terdiri daripada kakitangan Klinik Kuchelong, belia setempat dan penduduk kampung menyertai senamrobik tersebut. Program yang akan berjalan setiap bulan ini dilihat dapat menggalakkan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti kecergasan.

Kepenatan dan keseronokan jelas terpancar di setiap peserta sekaligus dapat merealisasikan kehidupan yang cergas dan memberi manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.

Disediakan oleh:
Muhammad Alif Heikal Samsol
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok
Isnin, 04 April 2016 18:21

Kemudahan

Written by
KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN
15200 KOTA BHARU KELANTAN
 09- 764 3005 
 09- 764 3006


                                                                                               
    Dewan Besar

    Unit 1 | Kapasiti : 600 orang
    Kadar Sewa : RM 50.00 (sejam) | RM 400.00 (sehari)






Gelanggang Badminton

    Gelanggang Badminton
          
    Unit 3          
    Kadar Sewaan : RM 12.00 (sejam)







    Padang Bola

    Unit 1  
    Kadar Sewaan : RM 50.00 (sejam) | RM 300.00 (sehari)





      

   
Trek Balapan

    Unit 1
    Kadar Sewan : RM 40.00 (sejam) | RM 250.00 Sehari






    Gelanggang Takraw | Bola Jaring | Bola Tampar 

    Unit 2
    Kadar Sewaan Gelanggang
    Sepak Takraw : RM10.00 (sejam / siang) | RM 40 (sejam / malam)
    Bola Jaring     : RM10.00 (sejam / siang) | RM 50 (sejam / malam)
    Bola Tampar   : RM  8.00 (sejam / siang) | RM 40 (sejam / malam)






     Gelanggang Tenis

    Unit 1
    Kadar Sewaan : RM 10.00 (sejam)






    Gelanggang Futsal

    Unit 2
    Kadar Sewaan : RM 30.00 (sejam / siang) | RM 50.00 (sejam / malam) /     RM150.00 Sehari




    Boling Padang 


    Gelanggang Boling Padang
 
 
    Unit 1    
    Kadar Sewaan : RM 35.00 (sejam)






     Gelanggang Pentaque

    Unit 1
    Kadar Sewaan : RM 17.00 (sejam)






    Gelanggang Extreme

    Unit 1
    Kadar Sewaan : Percuma




    

    Bilik Kuliah

    Unit 1 | Kapasiti : 60 orang
    Kadar Sewaan : RM 50.00 (sejam) l RM320.00 Sehari






    Bilik Mesyuarat

    Unit 1 | Kapasiti : 30 orang
    Kadar Sewaan : RM 50.00 (sejam) l RM320.00 Sehari






    Asrama (Dorm)

    Unit 7 : Lelaki / Perempuan
    Kadar Sewaan : RM 20.00 (malam / 1 orang)







   
Bilik Urusetia

    Unit 2 : Lelaki / Perempuan
    Kadar Sewaan : RM 25.00 (malam / 1 orang)






    Bilik VIP

    Unit 1 
    Kadar Sewaan : RM 50.00 (malam / 1 orang) l RM400.00 Sehari






    Gym 1Malaysia

    Kadar Sewaan : RM 2.00 (sejam)



Khamis, 25 Februari 2016 11:07

Carta Organisasi

Written by

CARTA ORGANISASI JBSNK

 

CARTA ORGANISASI PBSD

Klik pada gambar untuk paparan maksimum.

Jumaat, 18 Disember 2015 17:05

Piagam Pelanggan

Written by

PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang bersih, cekap, tepat dan cepat dalam suasana mesra serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi dalam menjalankan tugas kami.

Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :

1. Menyediakan 100 Program Kecergasan kepada rakyat Negeri Kelantan dalam tempoh setahun;

2. Menyediakan 100 Program Pembangunan Belia dan Pembangunan Rakan Muda dalam tempoh setahun;

3. Memuat naik maklumat semasa atas talian dalam tempoh dua (2) hari bekerja;

4. Memberi maklumbalas sebarang aduan menerusi Portal Jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;

5. Mengesahkan penerimaan aduan dan pertanyaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberikan maklumbalas aduan dalam masa tiga (3) hari;

6. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia dan badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh

    mesyuarat; dan

7. Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap. 



PRESTASI PIAGAM PELANGGAN

Jumaat, 18 Disember 2015 17:01

Objektif dan Fungsi Jabatan

Written by

 

VISI

Membentuk generasi belia yang berketrampilan dalam bidang kepimpinan,  keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti dan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa,  sukan lasak, sukan tradisional ke arah mewujudkan perpaduan nasional serta imej Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang

MISI

Mewujudkan  masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu,  berteknologi tinggi, berkemahiran,  mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan masyarakat cergas,  harmoni, produktif,  berdisiplin,  jati diri serta menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang. tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama dalam pembangunan sosial dan ekonomi Negara.

 

OBJEKTIF

  1. Melahirkan Belia Yang Mempunyai Ciri-Ciri Kepimpinan, Kemahiran, Keusahawanan Dan Kesukarelaan.
  2. Memperkasa Organisasi Belia Dan Sukan.
  3. Mempertingkatkan Kesedaran Dan Penyertaan Dalam Sukan Massa.
  4. Melahirkan Belia Remaja Yang Kreatif, Prihatin, Mahir Dan Dinamik.
  5. Meningkatkan Golongan Belia Yang Bersepadu, Berwawasan, Bertanggungjawab Dan Mempunyai Nilai-Nilai Murni.

FUNGSI JABATAN

  1. Memastikan supaya sebuah agensi dapat bergerak secara cekap dan berkesan ke arah mencapai objektifnya
  2. Membekalkan kepada pegawai-pegawai di Jabatan dan Daerah mengenai konsep, prinsip dan kaedah perlaksanaan tugas masing-masing

FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA 

  1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
  2. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.
  3. Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
  4. Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia.
  5. Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep kesejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa di kalangan belia.
  6. Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat di kalangan generasi muda.



FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN 

  1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada semua peringkat di bawah konsep ‘Malaysia Cergas’ yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta, pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
  2. Mengukuhkan program pembangunan sukan massa bagi membina masyarakat yang cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.
  3. Memantapkan program sukan massa agar ianya dapat melibatkan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat akar umbi.
  4. Mengupayakan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan supaya dapat menarik minat masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
  5. Menyediakan peluang, kemudahan dan prasarana kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam sukan massa
  6. Meningkatkan hubungan yang mantap dan perkongsian bijak dengan sektor swasta dalam pembangunan sukan massa



FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA 

  1. Merangka, menilai dan mengkaji dasar, strategi pendekatan dan pelaksanaan program Rakan Muda untuk mencapai wawasan negara.
  2. Membimbing golongan remaja supaya sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran wawasan negara.
  3. Mewujudkan tenaga pelaksana dan pihak pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjamin kelancaran pencapaian matlamat kementerian.
  4. Memberi peluang kepada golongan muda untuk menyertai dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang mereka minati.
  5. Memperluaskan pelaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan pengsektoran bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh.
  6. Merancang dan menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak berpersatuan bagi memenuhi inspirasi dan citarasa mereka.
  7. Mewujudkan dan mengemblengkan tenaga Penggerak Rakan Muda di kalangan remaja bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.



FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 

UNIT PENTADBIRAN 

  1. Mengemas kini Rekod Perkhidmatan Pegawai secara manual dan sistem HRMIS.
  2. Mengendalikan pengurusan Aset, Stor, Inventori dan hapus kira.
  3. Menguruskan perolehan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan melalui sebut harga.
  4. Mengkaji dan memohon keperluan dan perwujudan jawatan baru dan pemansuhan dan penggredan semula jawatan.
  5. Mengurus dan memantau hal pengisytiharan harta dan Surat Aku Janji.
  6. Memantau kehadiran pegawai dan kakitangan ke pejabat.
  7. Mengurus penyewaan ruang Pejabat di Daerah.
  8. Mengurus sistem fail berperingkat, surat-menyurat dan Pekeliling Perkhidmatan serta pelupusan fail ke Arkib.
  9. Mengemas kini maklumat perjawatan, mengurus pertukaran/pelantikan baru, pengesahan dalam jawatan. Mengurus dan memantau hal-hal kebersihan dan penyelenggaraan bangunan.

UNIT KEWANGAN 

  1. Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus tahunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
  2. Menyedia permohonan pindah peruntukan dan peruntukan tambahan.
  3. Mengurus pembayaran perbelanjaan mengurus dan amanah dan program Jabatan /daerah.
  4. Mengurus pembayaran emolumen/perubahan dan pemberhentian potongan gaji dan elaun kakitangan.
  5. Mengurus pembayaran mengurus Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
  6. Menyelenggarakan akaun-akaun/kumpulan amanah , menyimpan rekod, menyediakan penyata penyesuaian.
  7. Menyelia penyata terimaan dan bayaran tahunan.
  8. Menyelia Perakaunan Hasil, Penyata Penyesuaian, anggaran hasil tahunan dan Laporan Akaun Belum Terima sehingga 31/12 setiap tahun.

 


Jumaat, 18 Disember 2015 16:50

Perutusan Pengarah

Written by
pic boss

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnia dan nikmat Nya yang tidak ternilai kepada seluruh warga JBSN Kelantan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah merealisasikan hasrat dan dasar kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan atas talian (on-line) dengan meluas dan lebih berkesan kepada rakyat melalui Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan seiring dengan perkembangan zaman, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang kini semakin berkembang dengan pesat. Portal ini menyediakan  maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda, fasiliti-fasiliti sukan serta pelbagai info-info menarik di negeri Che Siti Wan Kembang ini khas untuk masyarakat luar dan dalam negeri terutamanya golongan belia.

Keutamaan saya adalah memastikan Portal ini sentiasa di kemas kini dengan maklumat-maklumat terkini kerana menyedari bahawa generasi belia pada masa kini tersedia dan lebih senang mencari maklumat melalui medium Internet. Semoga Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dapat memberi manfaat kepada semua penggunanya dan saya akan sentiasa memastikan Laman Portal ini memaparkan maklumat terkini dan tepat serta informatif.

Kepada warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, saya amat berharap agar usaha kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Negeri Kelantan dapat diteruskan dan semoga kita dapat mengekalkan kejayaan dan mengukir kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan demi mencapai visi dan misi Jabatan yang lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

LAILA NAZURA BINTI NAWI
Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

 

Selasa, 15 Disember 2015 11:38

Sejarah JBS Kelantan

Written by
Jabatan Belia dan Sukan Negeri kelantan mula ditubuhkan pada tahun 1964. Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan terletak di daerah Kota Bharu Kelantan di dalam kawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan Panji dan diikuti pula dengan 10 Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta sebuah Kompleks Belia dan Sukan. Antara daerah – daerah tersebut ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Jeli, Bachok, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang , Tanah Merah dan Machang.

Bagi Kompleks Belia dan Sukan pula juga dikenali sebagai KOMBES adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menyediakan segala kemudahan untuk kegiatan sukan dan kecergasan kepada semua golongan masyarakat. Disamping itu juga kompleks ini menyediakan kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik kuliah, dan asrama untuk kemudahan mengadakan seminar, kursus, perhimpunan dan lain-lain aktiviti.

KOMBES ini dibina pada 10 September 1995 dan mula beroperasi pada tahun 1997 sehinggga sekarang. Ianya terletak di kampung Panji yang beralamat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji 15200 Kota Bharu Kelantan. Keluasan tapak kompleks ialah seluas 14 ekar dan jarak dari pusat Bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 5 km. Kos pembinaan untuk menyiapkan kompleks adalah sebanyak RM 4 juta. KOMBES ditadbir oleh seorang pengurus serta dibantu oleh 3 kakitangan lain.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri kelantan mempunyai 75 orang pegawai dan kakitangan. Penjawatan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri kelantan adalah seorang (1) Pegawai Belia dan Sukan Gred S48, seorang (1) Pegawai Belia dan Sukan Gred S44, dua (2) orang Pegawai Belia dan Sukan Gred S41, sepuluh (10) orang Pegawai Belia dan Sukan Gred S32 yang ditempatkan di Daerah-Daerah.

Terdapat seramai 163,000 orang penduduk Belia di Negeri kelantan. Persatuan-Persatuan yang ditubuhkan di Negeri Kelantan adalah sebanyak 760 buah persatuan yang dibahagikan kepada 410 buah Pesatuan Belia dan 350 buah Persatuan Sukan.