home button

Isnin, 30 Julai 2018 12:21

PBSD PASIR PUTEH DIJEMPUT HADIR SAMA KE MAJLIS RAMAH MESRA SKUAD AADK BERSAMA OKP & KELUARGA

Written by
Rate this item
(0 votes)
PP713 1 PP713 2

PASIR PUTEH, 30 JULAI  2018 - Majlis Ramah Mesra Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Bersama OKP & Keluarga yang di anjurkan oleh AADK Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD)  Daerah Pasir Puteh pada 25 Julai 2018 yang lalu bertempat di Ruang Legar AADK Pasir Puteh. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang juga merupakan Ahli JKPD telah dijemput hadir sama ke majlis ini.

Seramai 50 orang OKP bersama keluarga menghadiri majlis ini yang bertujuan untuk bersua muka sekaligus dapat membincangkan perihal masalah dadah yang berlaku dalam diri OKP serta peranan keluarga untuk menanganinya.

Intipati majlis di selitkan dengan slot kerohanian yang di sampaikan oleh Ustaz Mohd Rosman bin Che Harun ,Imam Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh berkata“ untuk hindari gejala tidak sihat, amalan solat lima waktu perlu di titik berat kan bagi menghindari gejala yang tidak sihat serta kecaknaan ibu bapa tentang aktiviti dan pergaulan anak-anak”.

Majlis telah di sempurnakan oleh Encik Zurkurnan bin Hj Yusoff, Pengerusi JKPD Pasir Puteh dan turut sama hadir agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Disediakanoleh: Emi Zurina binti Abd Aziz, Urusetia Portal Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Puteh

Read 4448 times