home button

Khamis, 19 Julai 2018 09:16

TERIMA KASIH JASAMU DIKENANG

Written by
Rate this item
(0 votes)
KB78

KOTA BHARU, 19 JULAI 2018 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah menyampaikan penghargaan kepada individu yang pernah membantu melicinkan pentadbiran dan pengurusan di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bahru dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 17 Julai 2018 lalu.

Seramai 5 orang penerima telah dipanggil untuk menerima penghargaan tersebut yang terdiri daripada 3 orang Pekerja Sambilan Harian dan 2 bekas pelajar praktikal yang telah membantu PBSD sepanjang Januari hingga Jun 2018.

Untuk rekod kelima-lima mereka telah menamatkan perkhidmatan dan latihan mereka pada bulan Jun yang lalu.

Disediakan Oleh : Mohd Hafiz Bin Ismail, Urusetia Portal Pbsd Kota Bharu/ Y Centre Kelantan

Read 3938 times