home button

Isnin, 24 Jun 2019 07:55

PROGRAM RAKAN MUDA KREATIF BERI PELUANG BELIA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

TM61 1 TM61 2 TM61 3 TM61 4

TANAH MERAH, 24 JUN 2019 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Tanah Merah dan Gabungan Belia 4B Malaysia Cawangan Kelewek Bukit Payung telah melaksanakan program bersama penghuni rumah Anak Yatim Lilbanat Darul Naim, Machang pada 22 Jun 2019 yang lalu.

Program ini merupakan sebahagian daripada program Rakan Muda Kreatif Peringkat Daerah Tanah Merah 2019 dan disertai oleh 46 orang belia dari daerah Tanah Merah. Selain menyelami kesusahan dan suasana anak-anak ini membesar tanpa kasih sayang dari ayah dan ibu mereka, peserta didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan dan menyemai nilai-nilai kasih sayang dan tanggungjawab sesama insan.

Penyerahan sumbangan duit raya, makanan dan keperluan asas telah disempurnakan oleh YDP Majlis Belia Negeri Kelantan, En. Hafizul Nizam bin Abdullah.

Disediakan oleh: Ismafardi bin Ismail, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Read 3341 times