home button

Pentadbir JBS Kelantan

Khamis, 26 April 2018 11:16

‘PESTA JOM MEMERAU IKAN’

jeli47 1 jeli47 2 jeli47 4 jeli47 5

JELI, 26 April 2018 – Pesta ‘Jom Memerau Ikan’ telah diadakan pada 21 April 2018 yang lalu bertempat di Sg. Kg. Jerimbong, Kuala Balah. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Belia Semanga Muda Bukit Jering, Komuniti Bestari Bukit Jering dan Kelab Rukun Tetangga Bukit Jering.

Program memerau ikan ini adalah aktiviti orang-orang dahulu kala menangkap ikan secara tradisional dengan melibatkan peserta secara berkumpulan melebihi 20 orang. Pesta ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis undangan iaitu Roy Kapilla dan Man Khan yang memeriahkan majlis dengan nyanyian lagu popular era 80an dengan diiringi kumpulan pendikir hebat Kuala Balah. ADUN Kuala Balah, YB Datuk Hj. Abdul Aziz Bin Derashid juga mengambil peluang mendekati komuniti setempat dengan menyertai aktiviti memerau ini bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs En. Mod Nadzri Yaacob.

Rata-rata komuniti setempat amat terhibur dengan aktiviti yang disediakan. Golongan wanita di sini juga ringan tulang bersama-sama bergotong-royong menyediakan hidangan makan tengahari hasil dari tangkapan memerau ikan ini untuk dijamu kepada semua peserta. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari santai di tepi Sg. Jerimbong, Kuala Balah. Turut hadir, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Azimin Ismail dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, Pn. Siti Azura Abdullah.

Disediakan Oleh : Nur Fadhlira Binti Dungun, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

PERHIMPUNAN DWI-BULANAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JBSN KELANTAN SUKU TAHUN KE-2/2016

BACHOK, 13 APRIL 2016 - Sejajar dengan kehendak kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bachok dengan kerjasama Klinik Kuchelong telah menganjurkan Program Komuniti FitMalaysia, baru-baru ini.

Program Senamrobik yang dijalankan di dataran Klinik Kuchelong telah mendapat sambutan yang begitu baik. Seramai 34 peserta terdiri daripada kakitangan Klinik Kuchelong, belia setempat dan penduduk kampung menyertai senamrobik tersebut. Program yang akan berjalan setiap bulan ini dilihat dapat menggalakkan penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti kecergasan.

Kepenatan dan keseronokan jelas terpancar di setiap peserta sekaligus dapat merealisasikan kehidupan yang cergas dan memberi manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.

Disediakan oleh:
Muhammad Alif Heikal Samsol
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok