home button

Isnin, 30 November 2015 11:51

Visi , Misi dan Objektif

Written by
Rate this item
(0 votes)

VISI

Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua serta Pembangunan Atlet Sukan berprestij tinggi Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Mewujudkan dan membentuk Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

MISI

Membina generasi Belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi Nasional dan identiti Bangsa selaras dengan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Untuk melahirkan masyarakat Belia yang berdisiplin, berakhlak mulia, sihat, cergas, serta mewujudkan Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara mempunyai semangat keusahawanan serta kemahiran teknikal selaras dengan Wawasan 2020 .

Read 4148 times Last modified on Isnin, 20 Ogos 2018 17:27