home button

Pentadbir JBS Johor

Rabu, 23 Disember 2015 11:13

Piagam Pelanggan

Bagi mencapai matlamat ini, kami berjanji;-

[list type="smallnumber3"]
[list_item]Menyediakan 150 Program Kecergasan kepada rakyat Negeri Johor dalam tempoh setahun dibawah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor;[/list_item]
[list_item]Menyediakan 250 Program Pembangunan Belia dan Pembangunan Rakan Muda kepada rakyat Negeri Johor dalam tempoh setahun dibawah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan Kerjaan Negeri Johor;[/list_item]
[list_item]Memuat naik maklumat semasa atas talian dalam tempoh dua (3) hari bekerja;[/list_item]
[list_item]Mengesahkan penerimaan aduan dan pertanyaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberi maklumbalas aduan dalam masa tiga (3) hari;[/list_item] 
[list_item]Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia dan badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh mesyuarat; dan[/list_item]
[list_item]Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.[/list_item]
[/list]


Prestasi Piagam Pelanggan
Rabu, 23 Disember 2015 10:59

Sejarah Jabatan Belia dan Sukan Johor

Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia adalah bertanggungjawab untuk perlaksanakan Dasar-Dasar Kerajaan mengenai belia dan sukan. Kementerian mula diasaskan dengan penubuhan Bahagian Belia dan Kementerian Kebajikan Masyarakat pada 1953. Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, Bahagian Kebudayaan pula ditubuhkan dibawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Menyedari kepentingan peranan dan fungsi Bahagian-Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan maka Kerajaan secara rasminya telah menubuhkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 16 Mei 1964.

Pada tahun 1987 Jemaah Menteri telah memindahkan Bahagian Kebudayaan ke sebuah Kementerian yang baru ditubuhkan iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Mulai tarikh tersebut Jabatan Belia dan Sukan hanya melaksanakan program-program Belia dan Sukan sahaja.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah dibuka pada 1966 dengan seorang Pegawai Belia dan Sukan Negeri dan seorang Kerani. Sekarang telah berkembangan dengan pesat, bukan sahaja dari segi keanggotaannya, tetapi juga dari segi peranan dan tanggungjawab. Pada masa ini terdapat seramai 86 orang Pegawai dan Kakitangan tidak termasuk pekerja-pekerja Khidmat Singkat / Kontrak. Sungguhpun demikian, kita masih lagi merasakan kekurangan dari segi keanggotaan kerana kerja-kerja yang perlu dilaksanakan kian bertambah dari semasa ke semasa.

Isnin, 30 November 2015 11:46

Perutusan Pengarah








PERUTUSAN PENGARAH 

[testimonial author="En. Shamsuhaime bin Basir " position="Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor" avatar="URL_IMAGES"]Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ini berjaya dilancarkan buat julung kalinya selaras dengan perkembangan dunia ICT dan usaha kerajaan untuk mewujudkan kerajaan elektronik.

Tujuan portal rasmi ini diwujudkan selain untuk memberi informasi berguna kepada semua kakitangan dan orang awam, ianya juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan orang awam dengan jabatan ini dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Sebarang cadangan dan komen amatlah dialu-alukan demi meningkatkan lagi mutu portal rasmi ini. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan portal ini. Semoga usaha-usaha seperti ini akan berterusan ke arah menjana kecemerlangan pembangunan belia dan sukan.

Sekian, terima kasih.
[/testimonial]