home button

Isnin, 23 September 2019 11:41

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (APBM)

Written by
Rate this item
(0 votes)


KUALA LUMPUR, 19 September 2019
: Seramai 14 orang belia Negeri Johor telah menerima Watikah Perlantikan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) bg sesi 2019-2021 pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) yang telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan di Dewan Persidangan Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md. Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, YBrs. Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta pegawai pegawai kanan KBS. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor diwakili oleh YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Belia. Dengan perlantikan sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia ini diharapkan lebih banyak suara-suara belia daripada peringkat akar umbi dapat dibawa ke peringkat tertinggi untuk hala tuju pembangunan belia negara secara keseluruhannya.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Belia JBSN Johor

Read 11693 times