Objektif , Fungsi , Visi, Misi, dan Kumpulan Sasar Jabatan
Written by Pentadbir APBM Batu GajahOBJEKTIF
- Meningkatkan kesedaran tentang perniagaan dan peluang-peluang kepada belia.
- Melatih bakal peniaga dan usahawan belia dalam pengurusan dan disiplin perniagaan.
- Membimbing dan membantu perniagaan belia untuk mengatasi masalah perniagaan.
- Memperkembangkan bidang dan potensi perniagaan belia melalui kerjasama dan networking yang berkesan.
- Mewujudkan budaya niaga di kalangan belia di Negara ini.
FUNGSI
- Membentuk dan melatih usahawan belia yang berilmu.
- Membangunkan potensi dan kemahiran keusahawanan dikalangan peniaga belia.
- Menjadi katalis pembangunan ekonomi belia.
- Sebagai ‘incubator’ dan ‘resource linker’ kepada usahawan belia.
- Menjadi ‘resource centre’ yang membekalkan maklumat mutahir dalam bidang keusahawanan.
- Meningkatkan kemahiran niaga dikalangan belia dari peringkat sijil.
KUMPULAN SASAR
- Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.
- Belia yang berminat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
- Usahawan belia yang sedang mengusahakan perniagaan dan belia yang ingin menambah pengetahuan serta kemahiran di bidang keusahawanan.
- Bekas-Bekas pelatih IKBN. Penjawat awam yang relevan dan berminat.[/list_item]
VISI
Menjadi sebuah agensi latihan keusahawanan belia yang cemerlang berasaskan pengetahuan pengurusan perniagaan yang bersistematik demi mewujudkan usahawan belia cemerlang, cekap, mahir berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia.
MISI
Untuk memberi kesedaran kepentingan menguasai ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi belia usahawan yang cemerlang.
FALSAFAH
“ MENGILMUKAN USAHAWAN BELIA ”
MATLAMAT
“ MEWUJUDKAN USAHAWAN BELIA YANG CEMERLANG ,CEKAP ,MAHIR , BERILMU , BERDAYA SAING DAN BERAKHLAK MULIA.”