home button

Rabu, 06 Januari 2016 09:24

Perutusan Pengarah

Written by
Rate this item
(0 votes)






ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARAKATUH DAN 
SALAM SEJAHTERA, 


Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT di atas limpah rahmatNya selawat dan salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga pada tahun 2020 ini akan membawa kerahmatan dan keberkatan kepada APBM Batu Gajah khususnya dalam memperkukuhkan semangat dan iltizam, memperkasakan objektif dalam usaha merealisasikan harapan belia khususnya dalam bidang keusahawanan.

Bagi tahun 2020 ini, seluruh warga kerja APBM Batu Gajah akan berusaha dan bekerja dengan lebih tekun kearah menjadikan APBM Batu Gajah sebagai Institusi Latihan Keusahawanan yang produktif, dinamik, dan menjadi "One Stop Centre" atau "Centre Of Excellent" dalam bidang keusahawanan.

Kami di APBMBG merancang pelbagai program latihan keusahawanan serta mempelbagaikan fungsi demi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap perniagaan khususnya di kalangan belia-belia masakini.

Kita Berharap, para belia, pemimpin NGO serta usahawan-usahawan akan terus menggunakan portal ini untuk tujuan interaksi, mendapatkan info serta bimbingan berkaitan latihan, kursus, program, dan input-input yang relevan sebagaimana yang telah disediakan oleh pihak APBM Batu Gajah.

" MENGILMUKAN USAHAWAN BELIA "


Sekian, Terima Kasih.



VIJAYAN KUMAR A/L NADARAJAN

Pengarah,
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Read 2417 times Last modified on Rabu, 06 Mei 2020 09:11
More in this category: Sejarah APBM Batu Gajah »