PERTANDINGAN DIGITAL TRICK VIDEO (DIGTV)

1. Tema Tema pertandingan Dig-TV ini ialah ‘Anak Muda Era Digital’.

2. Tempoh Pertandingan Tempoh pertandingan ini adalah selama 6 minggu iaitu bermula pada 22 Jun 2020 sehingga 31 Julai 2020 (jam 5.00 petang).

3. Syarat dan Peraturan
i. Pertandingan mencipta video kreatif ini berkonsepkan kepada digital magic trick video.
ii. Pertandingan ini akan menggunakan Instagram sebagai platform penyertaan. Peserta yang ingin mengambil bahagian perlu follow akaun rasmi Kementerian Belia dan Sukan @kbsmalaysia, Bahagian Pembangunan Belia @teambelia dan Majlis Belia Felda Malaysia @mbfmofficial.
iii. Penghasilan video adalah bertemakan ‘Anak Muda Era Digital’.
iv. Penggunaan bahasa adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
v. Penghasilan video TIDAK BOLEH menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menganggu keharmonian antara perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan masyarakat Malaysia serta tidak menghina mana-mana individu, pertubuhan dan juga pemimpin.
vi. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal/ asli peserta dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Penyertaan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ diciplak.
vii. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

4. Penyertaan
i. Penyertaan adalah percuma dan secara individu.
ii. Peserta boleh menghantar dua (2) video yang berlainan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
iii. Peserta perlu memuatnaik digital trick video mereka di akaun Instragram dengan menyertakan hashtag #DIGTV2020 dan tag akaun @kbsmalaysia, @teambelia dan @mbfmofficial. Pihak urusetia akan repost video tersebut di akaun @mbfmofficial sebagai tanda penyertaan telah diterima. Peserta juga perlu memastikan akaun Instragram mereka tidak berada dalam mode privacy.
iv. Kaedah penilaian pemenang adalah berdasarkan jumlah like di akaun Instragram dan juga penilaian juri yang dilantik. Panel juri akan membuat penilaian akhir kepada 10 video yang mendapat like tertinggi. Jumlah like yang dikira hanya melalui video repost di akaun @mbfmofficial sahaja.
v. Jumlah like yang dikira adalah sehingga jam 5.00 petang pada 31 Julai 2020.

5. Kaedah Penghakiman/ Perjurian
i. Panel juri yang dilantik akan membuat penilaian kepada 10 video yang mendapat like tertinggi dengan menilai dalam beberapa aspek seperti berikut:
a) Isi kandungan/ kreatif dan inovasi;
b) Komunikasi/ Bahasa yang digunakan;
c) Kelengkapan teknikal seperti grafik, kesan khas, suara latar dan muzik latar; dan
d) Impak mesej yang dibawa.
ii. Panel juri berhak menentukan kaedah penilaian di Para 5 (i) dan boleh meminda serta membaikinya dari semasa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan kaedah berkenaan.
iii. Panel juri akan dilantik di kalangan pakar dalam bidang penghasilan video berkonsepkan digital trick.

6. Keputusan Pertandingan dan Hadiah
i. Semua keputusan daripada pihak urusetia adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan dibenarkan.
ii. Keputusan pertandingan ini akan diumumkan melalui akaun Instagram rasmi @kbsmalaysia, @teambelia dan @mbfmofficial.
iii. Lima pemenang akan dipilih dan akan menerima hadiah seperti berikut:
a) Tempat pertama – RM 700.00 beserta sijil.
b) Tempat kedua – RM 600.00 beserta sijil.
c) Tempat ketiga – RM 500.00 beserta sijil.
d) Tempat keempat – RM400.00 beserta sijil.
e) Tempat kelima – RM300.00 beserta sijil.


7. Hak Milik
i. Pihak penganjur berhak menggunakan video yang dihantar sebagai bahan promosi dalam apa jua bentuk media.
ii. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
iii. Video yang memenangi pertandingan ini tidak boleh diguna pakai untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain pertandingan.
iv. Peserta yang menghantar penyertaan dianggap bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.