SYARAT-SYARAT PENCALONAN APBN 2020

Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :-
1. Calon mestilah warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun 2020.
3.Permohonan hendaklah dicalonkan dan disokong oleh pertubuhan belia naungannya / Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berkenaan.
4. Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
4.1 Borang pencalonan
4.2 Resume
4.3 Kad Pengenalan / Sijil Pendaftaran
4.4 Sijil / Dokumen pencapaian
4.5 Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
4.6 Profil lengkap beserta Pen-Drive
4.7 Website/ Facebook/ Twitter (jika ada)
4.8 Laporan ringkas pencapaian
4.7 Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan.

4.8 Syarat-syarat tambahan: 
4.8.1 Kategori Pertubuhan Belia
4.8.1.1 Persatuan yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan persatuan yang diiktiraf sebagai persatuan belia ( Persatuan Tunggal).
4.8.1.2 Pencalonan turut dibuka kepada kelab-kelab belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
4.8.1.3 Aktif dan mengemukakan MYKD kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
4.8.1.4 Menyertakan Perlembagaan Persatuan.

4.8.1.5 Melampirkan Laporan Tahunan Pertubuhan bagi 3 tahun terakhir termasuk tahun yang dinilai.
4.8.1.6 Hanya persatuan/pertubuhan yang telah menghantar MYKD tahun 2019 layak dicalonkan.
4.8.1.7 Hanya pemenang peringkat negeri tahun semasa bagi setiap peringkat sahaja layak untuk menyertai penilaian peringkat seterusnya.
4.8.1.8 Pencalonan peringkat kebangsaan hendaklah johan diperingkat negeri.
4.8.1.9 Persatuan yang telah mendapat Johan Kebangsaan, dibenarkan menyertai pertandingan berdasarkan kaedah merit.
4.8.1.10 Setiap persatuan yang bertanding, perlulah dikalangan persatuan-persatuan yang mempunyai ‘star rating’ bertaraf sekurang-kurangnya tiga (3) bintang.

4.8.2 Kategori Individu (Lelaki/ Wanita)
4.8.2.1 Calon hanya dibenarkan bertanding 1 kategori sahaja.
4.8.2.2 Permohonan hendaklah disokong oleh Persatuan/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
4.8.2.3 Permohonan terbuka kepada semua belia (keutamaan diberi kepada individu yang menganggotai persatuan belia)
4.8.2.4 Calon yang pernah menjadi johan di peringkat kebangsaan dibenarkan untuk bertanding berdasarkan kaedah merit. 
4.9 Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web www.kbs.gov.my
4.10 Setiap pencalonan hendaklah dikemukakan menggunakan borang yang disediakan dan dimajukan kepada Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri.